Monday, March 5, 2012

Sirna Niskala [part 3]

Terkocoh-kacah dia berjalan dari arah DPP Tradewinds menuju ke foyer Perpustakaan Sultanah Bahiyah. Agak terlewat Marisya Aqeela hadir ke taklimat untuk program hiking yang bakal disertai mereka disebabkan tertidur sebaik sahaja selesai solat Zuhur. Mencari-cari di manakah rakan-rakannya, namun mereka sudah duduk di tengah-tengah kumpulan. Agak segan untuk menyelit ke sana, dia segera duduk di bahagian tepi, barisan paling hadapan.

Banyak input yang dimaklumkan kepada kesemua peserta di dalam taklimat ini, terutamanya melibatkan tentatif program dan isu keselamatan. Beberapa keperluan alatan yang bakal digunakan semasa program turut diterangkan penggunaannya, memudahkan mereka untuk mengetahui fungsi dan bila ianya diperlukan.

Marisya Aqeela sedikit bosan dengan taklimat itu. Tidak begitu fokus dengan apa yang didengarnya, hanya sesekali tertarik dengan peralatan yang ditunjukkan. Sesekali kepalanya berpusing-pusing ke kiri dan kanan memerhatikan sekelilingnya. Tidak begitu ramai yang menyertai program ini, berdasarkan jumlah mereka yang menghadiri taklimat program. Mungkin disebabkan aktiviti yang agak ekstrem, maka jumlah penyertaan dihadkan. Jumlah peserta lelaki juga lebih sedikit daripada jumlah peserta perempuan. Memudahkan pergerakan mereka, agaknya.

“Akak yang pakai shawl purple, duduk paling tepi tu, faham tak apa yang saya terangkan?”

Tersentak Marisya Aqeela mendengar soalan itu. “Akukah?” getus hatinya. Rasanya, hanya dia sahaja yang memakai selendang berwarna ungu. Terus sahaja dia memandang lelaki yang memberikan taklimat itu. Baru dia perasan, semua mata sedang memerhatikannya.

“Er, faham kot. Takpe, kalau saya tak faham, nanti saya tanya balik kat kawan saya. Tak pun saya search je kat internet,” selamba sahaja dia menjawab soalan itu. Malu pula rasanya apabila tiba-tiba disergah seperti itu. Matanya segera tertumpu kepada lanyard dengan kad matrik yang tergantung di leher lelaki itu, lantas cuba untuk melihat nama lelaki itu. Puas dikecilkan mata, barulah dapat melihat dengan jelas, Zafran Adli, DPP TNB.

“Kak, benda ni bukan boleh buat main-main. Kita join program ni bukan setakat nak suka-suka, tapi untuk pengetahuan juga. Lagi pulak bila melibatkan keselamatan. Bukannya saya mengharap pada sesuatu yang tak elok, tapi lebih baik kita mencegah daripada terjadi yang tak diingini. Sekurang-kurangnya, dengan penerangan ni, dapat jugak kita semua lebih faham dan ambil berat dengan perkara yang penting. Tapi kalau benda penting pun akak ambil ringan, kalau jadi apa-apa nanti, jangan nak salahkan kami,” panjang lebar kata-kata Zafran Adli.

Bukannya dia mendoakan yang tidak-tidak, Cuma dia risau jika ada yang tidak elok terjadi. Lebih-lebih pula di bawah program kendaliannya di mana dia sebagai pengarah program. Sudah tentu banyak perkara yang perlu dititiberatkan. Disebabkan itu, dia agak geram apabila melihat Marisya Aqeela yang seolah-olah tidak ambil peduli dengan penerangannya.

‘Sejak bila entah aku jadi kakak kau. Membebel macamlah mak nenek,’ serasanya sudah diungkapkan kata-kata itu, namun rupa-rupanya ianya hanya berlegar-legar di minda Marisya Aqeela. Tidak terluah di bibirnya.

Sejurus tamat taklimat itu, dia segera mendapatkan rakan-rakannya. Lantas dibegak mukanya membuat riak wajah tidak puas hati sambil dijuihkan bibirnya ke arah Zafran Adli. Qaleefa, Karissa, dan Zalyka sudah faham sangat dengan apa yang sedang difikirkan oleh Marisya Aqeela jika dia berkarakter begitu. Pastinya ada perkara yang dirasakan tidak puas hati. Zafran Adli pula kelihatan biasa sahaja apabila dia terpandang reaksi Marisya Aqeela itu. Menyedari dirinya diperhatikan, segera Marisya Aqeela bereaksi normal.

“Dah lah Sya, apa yang dia cakap tu betul. Program ni bukan boleh main-main. Aku pun perasan kau tadi macam main-main. Lagi pulak dia yang duduk kat depan. Lagi lah dia perasan. Tu yang dia tanya kau kot,” pujuk Qaleefa, cuba meredakan rasa marah sahabatnya itu.

“Aku bukan apa. Tak lah marah sangat pun. Geram sangat je. Segan la kena tegur depan orang ramai tu. Eh, tak ramai. Tapi, boleh tahanlah. Dah lah, biar kat mamat poyo tu. Mentang-mentang dia pengarah program, nak berlagak kan. Tengok lah nanti, siapa paling terer, boleh sampai kat puncak gunung tu dulu,” balas Marisya Aqeela.

Mereka hanya mengangkat bahu. Tidak tahu mahu menjawab apa. Ah, Marisya Aqeela memang begini. Sekejap sahaja marahnya, sekejap lagi hilanglah marahnya.

“Jom lah balik bilik. Aku ada assignment nak kena submit sebelum cuti mid sem ni. Kang tak memasal kena potong markah dengan Dr. Chris. Haa, sebelum tu singgah Varsity Mall kejap. Mengidam nak makan Coolblog la,” Zalyka mencelah sebelum Marisya Aqeela sempat meneruskan kata-kata amarahnya.

Terus sahaja dia berjalan menuruti laluan berbumbung hijau yang menghubungkan PSB dengan Varsity Mall, diikuti oleh Marisya Aqeela, Qaleefa, dan Karissa di belakangnya. Sambil berjalan, mereka bergurau senda, seolah-olah tiada orang lain di sekeliling mereka. Begitulah kelakuan mereka, tersangat mesra dan akrab, sehinggakan digelarkan ‘serangkai’ oleh rakan-rakan lain. Tidak hairan jika ada yang cemburu melihat persahabatan mereka yang terlalu erat itu.

*****

Tamat sahaja kelas, Marisya Aqeela segera menuruni tangga kelas menuju ke hadapan kelas bagi menyerahkan tugasan individunya kepada Prof. Madya Ibrahim Ali. Tugasan itu perlu dihantar pada masa itu juga kerana kelas itu merupakan kelas terakhir sebelum cuti pertengahan semester selama seminggu. Dia tidak mahu kehilangan markah yang boleh menjejaskan markah dan pointernya, hanya disebabkan kelewatan menghantar tugasan.

Baru sahaja dia melangkahi anak tangga yang kelima, tiba-tiba dirasakan tubuhnya dilanggar oleh pelajar lain yang berjalan melawan arus menaiki tangga untuk keluar dari kelas. Serta-merta tubuhnya melayang ke hadapan dan hampir sahaja dia terjatuh, namun secara spontan tubuhnya dipaut yang menghalang dia daripada terus terjatuh. Mata yang dipejam rapat kerana takut dengan kemungkinan terjatuh yang pastinya menyakitkan, segera dibuka.

“Eh, awak?” halus sahaja jeritan Marisya Aqeela sebaik melihat orang yang memaut tubuhnya itu. Hampir tersembul matanya melihatkan orang itu.

Pelajar lain hanya mampu melihat. Barangkali turut terkejut dengan apa yang dilihat mereka. Sememangnya ia tidak diduga akan berlaku, dan kesudahan yang berlaku dalam siri menyelamat juga tidak terjangkakan.

“Oopss, maaf. Saya terpaksa peluk awak sebab awak dah hampir jatuh sangat. Mujur sahaja saya berada di hadapan awak tadi. Kalau tak, mesti awak dah terbaring kat tangga ni,” perlahan suara Aizat Fariq menuturkan ayat itu.

Bukan sahaja Marisya Aqeela dan pelajar lain terkejut dengan keadaan itu, malahan dia juga terkejut kerana ianya berlaku secara spontan. Segera Marisya Aqeela melepaskan dirinya daripada pelukan Aizat Fariq sebaik tersedar mereka menjadi perhatian banyak mata. Dia tergamam seketika, sebelum terus menuruni tangga dan menyerahkan tugasan kepada Prof. Madya Ibrahim Ali yang turut memerhatikan keadaan itu dan terus keluar kelas melalui pintu belakang. Meninggalkan Aizat Fariq dan pelajar lain yang masih berdiri kaku.

“Sya, Sya, Sya, apa yang kau buat ni. At least cakaplah terima kasih dulu kat hero tu baru pergi. Budi bahasa kan budaya kita. Ni tak, boleh kau buat macam takde apa-apa. Prof. pun dah tengok semacam je tadi. Eh, tak, tak, tak boleh Sya, malu lah! Nasib baik kau pergi cepat. Ramai yang tengok. Kalau dia terpegang tangan kau, kira ok lagi. Ni ‘terpeluk’ tau tak. Mau jadi isu hangat hari ni kat kolej,” bercampur-campur ayat yang tidak tersusun di dalam kepalanya. Positif atau negatif, semua dilanggar bila dah berkecamuk.

Dia menyandarkan badan ke dinding di luar kelas itu, seraya memejamkan mata. Masih terasa malu dengan kejadian yang baru berlaku itu. Tangannya digenggam kuat ke dada dan bibirnya diketap.

“Sekali lagi kau buat malu depan dia, Sya! Memanglah tak sengaja, tapi, kenapa kau selalu jadi macam ni bila ada dia. Budak yang langgar tu pun satu, bukan nak minta maaf ke, tolong ke. Eh, tapi aku pun tak perasan dia ada lagi ke tak tadi. Budak, budak, kenapa kau langgar aku. Langgarlah orang selepas aku ke, sebelum aku ke,” dengan mata yang masih terpejam, bibirnya terus membebelkan perkara itu. Terlalu terkesan dengan semuanya.

“Jangan salahkan budak tu aje. Awak pun patutnya tengoklah sekeliling masa berjalan. Ni tak, main redah je tak tengok kiri kanan. Nasib baik ada saya, kalau tak agaknya awak dah kena hantar kat Pusat Kesihatan Universiti. Dah lah tu, terus je keluar. Terima kasih pun tak ucap.”

Sekali lagi Marisya Aqeela tersentak apabila mendengarkan suara itu. Dibuka matanya, dan terus menunjukkan reaksi yang terlalu terkejut apabila melihat Aizat Fariq sedang berdiri di hadapannya. Dengan sebelah tangan di dalam poket seluarnya, lelaki itu hanya bereaksi biasa, sambil tersenyum melihat reaksi spontan Marisya Aqeela. ‘ Comel jugak dia ni bila kelam kabut,’ sempat hatinya berbisik.

“By the way, awak tercicir ni. Maybe masa awak kelam kabut lepaskan diri tadi, awak tak perasan yang form ni terjatuh. Nah, next time, jangan clumsy sangat. Bukan selalu akan ada hero dengan awak dan selamatkan awak macam saya buat,” dihulurkan kertas yang ada di tangannya kepada Marisya Aqeela sambil mengenyitkan matanya, dan terus berlalu pergi.

Kertas bertukar tangan. Namun Marisya masih memerhatikan gerak langkah Aizat Fariq. Terasa hatinya turut dibawa pergi bersama dengan langkah itu. Terasa juga seolah-olah ada sesuatu yang menggetarkan seluruh ruang di dalam dadanya, dan menyebabkan detak jantungnya hampir sahaja terhenti.

Setelah tubuh itu menghilang dari pandangan matanya, matanya disorot kepada kertas yang berada di tangannya. Borang pengakuan kebenaran menghadiri program luar yang sudah diisi itu dilihat sekali lalu, dan disimpan di dalam fail yang dipegangnya.

Dikeluarkan telefon bimbitnya dan segera menekan-nekan punat telefonnya, menghantar SMS kepada Qaleefa. Tidak lama, balasan diterima dan dia terus sahaja menghayunkan langkahnya ke foyer COLGIS. Sepanjang langkah, dirasakan seperti terlalu banyak mata yang memerhatikannya. ‘Aduh, janganlah insiden ‘terpeluk tak sengaja’ tu tersebar luas.’

Setibanya di foyer COLGIS, dia melabuhkan punggungnya ke kerusi di meja batu yang masih kosong. Menanti kehadiran Qaleefa dan Karissa untuk menghantar borang pengakuan kebenaran program hiking mereka. Fikirannya masih terganggu apabila memikirkan insiden tadi, lantas dikeluarkan senarai keperluan barang yang perlu dibawa untuk program. Mungkin dapat membantu menenangkan fikirannya seketika, dia menyemak kembali senarai, mana tahu jika masih ada yang belum lengkap.

“Hai kak. Khusyuk menilik. Dah tau nasib ke?”

Terus sahaja Marisya Aqeela mengangkat wajahnya daripada terus menyemak senarai keperluan barangan sebaik mendengar suara itu. Dahinya dikerutkan sebaik melihat Zafran Adli yang sedang duduk di hadapannya, agak pelik melihat kehadiran lelaki itu secara tiba-tiba. Kening diangkat, isyarat bertanya.

“Oh, saya nak ambil balik borang pengakuan kebenaran program tu. Akak dah isi kan? Kawan-kawan akak yang lain mana? Saya nak collect sekali ni, senang sikit tak yah berulang alik sana-sini. COLGIS dengan COB ni bukannya dekat. Semput jugak nak berjalan ke sini,” sambil tersenyum Zafran Adli menjawab soalan isyarat Marisya Aqeela.

Marisya Aqeela memandang kosong sahaja senyuman Zafran Adli itu, dan terus mengeluarkan borang yang diminta dan diserahkan kepada Zafran Adli. Disambut kertas putih itu oleh Zafran Adli lantas ianya bertukar tangan. Zafran Adli meneliti borang itu agak lama, sebelum menyambung kata.

“Marisya Aqeela. Sedap nama akak. Baru sem 3 rupanya. Jurusan Pengurusan Awam. Mesti hebat kalau nak berdebat pasal dasar-dasar awam kan,” meluncur kata-kata Zafran Adli.

Marisya Aqeela menjegilkan matanya. Agak marah apabila lelaki di hadapannya itu berterusan memanggilnya ‘kakak’, sedangkan dia pasti mereka adalah sebaya. Zafran Adli hanya tersengih melihat jegilan mata itu.

“Awak dah tau nama saya, lagi nak panggil saya akak. Punya panjang nama saya tu mak ayah saya bagi, tak reti-reti nak panggil nama? Lagi satu, kita sebaya je rasanya kan, so, tak payah nak panggil saya akak. Sejak bila pulak awak jadi adik saya? Dan kalau awak nak berdebat dengan saya, takde hal. Manalah tau kalau awak nak belajar pasal pentadbiran kerajaan kan. Berguna jugak kat awak nanti. Tambah pulak pahala dan ilmu saya bila mengajar orang lain,” laju sahaja kata-kata itu dituturkan. Tiada brek. Tiada isyarat merah.

Zafran Adli tergelak kecil mendengar kata-kata Marisya Aqeela itu. Kelakar melihat kepada gelagat Marisya Aqeela yang dirasakannya agak garang dan kasar. Namun, sedikit unik dan berbeza daripada pelajar perempuan lain yang dikenalinya.

“Haha! Yup, saya rasa sangat sesuai nak panggil awak kakak. Sebab awak macam kakak saya, suka nak marah tak tentu pasal. Tak pelah, as your request, saya nak panggil awak Qeela. Not bad kan nama tu, as long as masih nama awak lagi. Dan saya nak jugak ingatkan kat awak. Memang kita sebaya, tapi saya masih senior awak sebab saya sekarang semester 5. By the way, awak punya tahap garang ni bagus untuk bakal pegawai kerajaan, senang je nak kata ‘tak’ kalau orang nak rasuah atau seleweng kan? Bagus, saya puji tu, bertambah pegawai yang beretika dalam tanggungjawab. Tapi, satu perkara awak kena ingat, awak kena belajar berbaik dengan saya, sebab saya yang akan jaga awak, dan yang lain-lain sepanjang program. Or else, I may not be as good as you wish,” giliran Zafran Adli pula berbicara.

Marisya Aqeela hanya diam, malas mahu memberikan respon. Terlalu lambat rasanya kehadiran Qaleefa dan Karissa apabila Zafran Adli berada di hadapannya. Keadaan dibiarkan senyap seketika tanpa dia mahupun Zafran Adli berkata-kata. Dia kembali menumpukan perhatian kepada senarai barang keperluannya, namun fikirannya disetkan kepada rasa marah kepada Zafran Adli. Dirasakannya yang lelaki itu sengaja mahu mencetuskan rasa marahnya, dan dia harus bijak mengatasi lelaki itu.

“Sya, Zaf, sorry lah lambat. Lecturer lambat habiskan kelas. Dia nak habiskan silibus sebelum cuti ni. Macam-macamlah lecturer tu. Assignment pun ditambah lagi. Dia ingat assignment dia je agaknya yang kita kena siapkan. Penatlah macam ni. Kalau ada sepuluh lecturer macam tu, mau kena extend sem,” bebel Karissa sebaik sahaja dia dan Qaleefa tiba di meja batu yang diduduki Zafran Adli dan Marisya Aqeela. Sambil mulutnya terus merungut, dia menyerahkan borang pengakuan kebenaran itu kepada Zafran Adli.

Qaleefa juga melakukan perkara yang serupa. Borangnya dihulurkan bersama-sama dengan borang Zalyka. Sambil itu dia melihat riak wajah Marisya Aqeela yang kelihatan tegang. Amat pasti yang sahabatnya itu bertingkah kata dengan Zafran Adli sebelum kehadiran mereka.

“Ok, semua borang dah complete. Senang kerja saya macam ni, tak yah nak kena perli, kena sindir dengan korang berdua. Tak macam nak ambil borang kawan baik korang ni, siap dapat bebelan, lengkap pakej dia. Macam beli barang dapat free gift pulak kan,” sindir Zafran Adli, jelas kepada Marisya Aqeela.

Marisya Aqeela memandang tajam Zafran Adli. Seperti mahu sahaja ditelan lelaki itu mendengarkan kata-kata yang keluar dari bibirnya. Qaleefa dan Karissa saling berpandangan antara satu sama lain, merasakan yang perang bakal tercetus.

“Er, jom pergi makan? Lapar lah tak lunch lagi ni. Kejap lagi nak balik bilik dah, nak kemas barang untuk program pulak. Jomlah Zaf, join sekali,” segera Karissa memberikan cadangan.

Zafran Adli memandang Marisya Aqeela. Jelas di wajahnya tidak ingin dia untuk turut serta makan tengah hari bersama mereka. Sambil tersenyum, dia hanya menggelengkan kepala, mengisyaratkan untuk tidak ikut sama.

“Maybe, next time kot. Lagipun saya ada kerja lagi nak kena setel sebelum program ni. Just proceed with your plan. Enjoy your lunch. Jangan lupa pesankan air yang manis-manis untuk Qeela. Kalau tak, bertambah masam muka dia,” habis ayat itu diucapkan, Zafran Adli terus bangkit dari duduknya, melayangkan senyuman kepada mereka dan dilambaikan tangannya, terus berlalu. Qaleefa dan Karissa membalas senyuman dan lambaian itu, manakala Marisya Aqeela terus membatu.

“Sya, kau gaduh apa lagi lah dengan Zafran tu? Jangan lah cari pasal. Nanti kita mesti akan mintak tolong dengan dia masa program. Susah kalau dia aim ko nanti,” tegur Qaleefa, lebih kepada menasihati Marisya Aqeela yang masih kelihatan tegang.

“Geram lah aku dengan mamat tu. Bajet bagus. Konon senior. Konon sebaya. Nak berlagak lah yang dia tu budak matrik atau asasi. Pigidah. Lepas tu nak panggil aku Qeela. Hello, nama tu family aku je yang panggil. Tension aku dengan dia lah! Jomlah pergi makan. Boleh jugak aku bayangkan dia tu makanan aku. Siap aku kunyah-kunyah dia nanti,” laju perkataan-perkataan itu keluar dari bibir kecil Marisya Aqeela. Seperti peluru sahaja dihamburkan. Karissa dan Qaleefa hanya tertawa melihat gelagat itu. Lantas, mereka segera bergerak ke pondok bas, menaiki bas menuju ke DPP Petronas untuk menikmati makan tengah hari mereka di sana.

Marisya Aqeela, your bad day!

Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1DTWuMlO6

Tuesday, February 21, 2012

Sirna Niskala [part 2]

Sejurus kelas tamat, segera dikejarnya Qaleefa yang awal-awal lagi sudah melarikan diri ke luar kelas. Hampir sahaja dia berjaya mencapai lengan Qaleefa untuk dicubit, namun tiba-tiba sahaja dia terlanggar seseorang. Segera dilihat siapakah yang dilanggarnya, dan hampir dia menutup muka kerana malu sebaik menyedari orang yang dilanggar itu ialah Aizat Fariq.

“Aduh, kenapa la mesti bertembung dengan dia ni. Bagi laa aku bertembung dalam keadaan best sikit. Tengah duduk sopan ke, tengah senyum manis ke, control ayu ke, tengah...,” termati detik hatinya sebaik sahaja tangannya ditarik oleh Qaleefa. Potong stim betul la budak Qaleefa ni!

“Kau, kalau dah berangan, alamatnya sampai esok pon tak habis. Lagi-lagi depan Fariq. Dah kena langgar pun sempat nak berimaginasi. Dah, jom pergi makan. Rissa dengan Lyka dah tunggu kat Cengkeh. Baik pergi makan. Kau menghadap Fariq, bolehlah kenyang. Aku ni, makin lapar tengok muka dia.” membebel Qaleefa sambil terus menarik lengan Marisya Aqeela. Marisya Aqeela hanya diam dan kembali mengatur langkah, tanda menuruti.

Sesampai sahaja di kafe Cengkeh, terlihat Karissa dan Zalyka sudah menunggu mereka. Dua gelas fresh orange yang tinggal setengah terhidang di hadapan mereka.

“Lambatnya korang. Berasap perut aku ni tunggu. Lapar weh. Pergi la order makan cepat. Kang aku pengsan, tak memasal kena panggil husband tolong angkat”, kata Karissa dengan riak muka seperti kucing kelaparan.

Marisya Aqeela hanya tergelak melihatnya. Bertanyakan makanan yang ingin dipesan oleh Qaleefa dan bangun dari kerusi yang didudukinya lalu menuju ke gerai Sizzling di luar kafe. Selesai membuat pesanan, dia duduk semula di meja mereka tadi. Sambil berbual-bual, matanya meliar ke sekitar kafe. Agak bingit telinganya dengan suasana riuh rendah di situ. Tiba-tiba matanya terlihat seseorang. Segera dia mengusik lengan Qaleefa tanda menyuruhnya untuk turut melihat apa yang sedang dilihatnya.

“Kau ni karang, ada yang kena humban dengan aku kat Tasik Guthrie. Dari kat kelas tadi kau dok usha dia. Tak penat ke? Dah lah weh, dia tak pandang pun orang macam kita. Eh, tak, dia pandang kau. Tapi dia tak minat kau la. Tu, si Anna Zalea tu yang dia suka. Kalau kau rasa ada can, pergi lah usha lagi.” rungut Qaleefa.

Tergelak mereka semua mendengar kata-kata Qaleefa. Memang betul apa yang dikatakan. Marisya Aqeela terlalu meminati Aizat Fariq sehinggakan seperti sudah tidak ternampak langsung akan orang lain di sekelilingnya. Padahal, Aizat Fariq sudah ada teman wanita yang juga sama jurusan dengan mereka. Bukan setakat cantik, malah bijak, malangnya, sedikit sombong. Berbeza dengar Aizat Fariq yang agak peramah. Walaupun dia kurang kacak sedikit berbanding Aaron Aziz, tetapi manis wajahnya memang menarik hati ramai pelajar perempuan. Lebih pula dengan tubuhnya yang tinggi dan agak tegap, menjadikan dia sebutan ramai dan diibaratkan lelaki idaman wanita, tak terkecuali Marisya Aqeela.

“Kau ni Leef, dari tadi kacau lah. Try lah layan sikit imaginasi aku ni, syok ape. Dah lah kat kelas tadi tak memasal angkat tangan aku. Hutang cubit kau tu aku simpan, next time aku bayar kat kau. Nasib baik soalan tu untuk Fariq, tak lah rugi jawapan aku tadi. Ala, setakat minat tak salah kan. Tak dapat Aaron Aziz, kalau dapat Fariq, ok jugak kan. Tercapai hasrat aku nak berboyfriedkan jejaka hot,” selamba sahaja Marisya Aqeela menuturkan kata-kata itu. Bukannya dia obses sangat dengan Aizat Fariq, sekadar meminatinya, seperti pelajar lain.

“Aku bukan apa, kau ni macam mengharap sangat kat dia. Pantang nampak si Fariq tu, mulalah jadi macam cacing. Tak senang duduk. Baik kau bukak mata kau. Tengok orang lain yang dok nak kat kau tu. Dah beruntung orang nak, kau buat tak tau. Dengan orang yang dah berpunya jugak yang kau nak tengok. Tak pun kau contohi aku dengan Leef, maintain single. Aman dunia tak payah nak fikir semua tu. Tapi, kalau kau nak jugak si Fariq tu, belajar dengan Lyka. Dia pakar cinta. Mana tau boleh ajar macam mana nak mengayat Fariq. Hehehe,” Karissa memulakan motivasinya. Aha, sesuai sangat dengan jiwanya, memang layak dengan gelaran kaunselor yang diberikan kawan-kawan mereka kepadanya.

“Isy, ke situ pulak kau. Don’t worry la. Ni Marisya Aqeela. Takkan tergoda dengan lelaki. Aku kan memang suka minat-minat ni. Husband kau pun aku minat jugak. Nak aku belajar dengan Lyka cara nak berkongsi kasih sayang? Boleh kita praktik sama,” sambil tergelak, Marisya Aqeela menuturkan kata-kata itu.

Karissa hanya menarik muka masam. Jelas sangat dengan gelaran husband yang diperkatakan, Yang Di-Pertua MPP yang mereka minati! Sekali lagi ketawa pecah daripada mulut mereka semua, menggamatkan lagi ruang makan yang sedia riuh.

“Eh, korang tau tak yang Kelab Kembara buat program hiking kat Gunung Berembun, Terengganu? Bayaran dalam RM70 kalau aku tak silap. Boleh tahan murah kan sebab kalau biasanya, tak dapat harga tu. Buat pun masa cuti mid sem ni. Korang nak join tak? Lagipun kan kita semua tak balik cuti mid sem ni. Daripada buang masa tak tentu pasal, better kita pergi. Ada jugak pengalaman baru,” Zalyka memberitahu mengenai program yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

“Haa, aku ada baca jugak pasal iklan program tu. Bagus jugak kan. Daripada tak buat apa-apa. Cuti ni, buku dengan assignment pun mesti cuti jugak kan. Teringin la nak pergi hiking. Kalau nak pergi, kena ada orang yang expert pasal semua ni. Ni dah alang-alang ada program, baik kita join. Nak uji jugak ketahanan tulang besi aku ni,“ kata Qaleefa sambil menepuk-nepuk lengannya. Konon sasa lah tu.

Qaleefa membuat isyarat mata kepada Marisya Aqeela dan Karissa. Mereka berdua hanya membalas dengan anggukan, tanda bersetuju dengan cadangan tersebut. Ala, bila lagi nak cuba kan. Asyik buat aktiviti indoor je, sesekali nak jugak try buat outdoor yang ekstrem.

“Good! Kalau korang nak, nanti aku daftar nama kita semua kat orang yang handle tu, ok. Yeay ! Dah ada program untuk cuti mid sem! Berguna lah cuti ni. Eh, makanan dah siap kot. Yok la pergi ambil. Rissa dah kebulur gila tu,” terukir senyuman di bibir Zalyka, lantas bangun mengambil pesanan makanannya.

“Konon aku yang kebulur, tapi dia yang bangun dulu ambil makanan. Tak menyempat nak tunggu.” Karissa mengolok kembali Zalyka. Marisya Aqeela dan Qaleefa hanya ketawa, dan sama-sama bangun untuk mengambil makanan yang siap dipesan mereka.

Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1DTWuMlO6

Sirna Niskala

Riuh rendah suasana di Kolej Undang-Undang, Kerajaan, dan Pengajian Antarabangsa itu sejurus tamat sesi kelas. Bersimpang-siur pelajar berjalan ke pelbagai arah menuju ke destinasi mereka. Ada yang ke kafe Cengkeh berdekatan untuk menikmati makan tengah hari, ada yang berjalan tergesa-gesa menuju ke DKG 6 yang terletak tidak jauh dari DKG 5, ada pula yang duduk santai di meja batu di foyer COLGIS.

Sedikit kelam kabut, Marisya Aqeela segera berjalan ke foyer selepas sahaja keluar dari kelas di DKG 5/7. Mengejar masa untuk ke kelas seterusnya bersama-sama sahabat baik dunia akhiratnya, Qaleefa yang sudah lama menunggu di situ untuk sama-sama ke kelas di DKG 6.

“Kenapalah tak buat sekali eskalator dari DKG 5 ke DKG 6 ni. Tak macam jauh pulak aku nak berlari kejar kelas. Kalau ada gap ok lagi, ni langsung takde gap. Mau kurus aku lama-lama,” rungut Marisya Aqeela kepada Qaleefa.

“Betullah weh. Aku sokong sangat. Takpe, lepas ni kalau aku jadi menteri ke, NC ke, TNC ke, MPP ke, akan aku perjuangkan hak mahasiswa di kampus untuk membela nasib-nasib mahasiswa yang selalu merungut macam kau ni. Helo, kau dengan aku, aku lagi besar. Tapi aku steady je, tak merungut pun kena jalan jauh-jauh,” syarahan Qaleefa bermula setelah mendengar rungutan Marisya Aqeela. Tidak habis-habis dengan rungutan yang sama setiap kali perlu berkejar ke kelas di DKG 6.

Memang itulah rutin mereka, berkejar dari kelas ke kelas pada setiap hari kelas. Kalau tidak di kolej yang sama, perlu pula berkejar ke kolej lain yang terletak jauh dari kolej pengajian mereka. Walaupun sudah terbiasa dengan situasi itu, namun kadang kala terdengar juga rungutan kerana terpaksa berhadapan dengan masa yang terhad. Mana nak makan, mana nak solat. Nak tak nak, kadang-kadang terpaksa masuk lambat ke kelas. Buat muka tebal sahaja bila ada pensyarah yang memerli. Ala, pensyarah datang ke kelas naik kereta. Try la jalan kaki macam pelajar ni, mau kelas dah nak habis baru sampai. Hehehe.

Setibanya di kelas, Puan Mariani sudah memulakan pengajaran. Kelas pula sudah hampir penuh dengan pelajar lain yang datang lebih awal. Mahu atau tidak, terpaksa duduk di barisan paling hadapan bersama-sama dengan pelajar lain yang juga tiba lewat seperti mereka.

“Aduh, ni yang aku paling lemah ni kena duduk depan sekali. Puan Mariani dah lah suka nak menyoal. Mati aku kalau dia tiba-tiba tanya,” bisik Marisya Aqeela sejurus mereka berdua duduk. Qaleefa hanya tersengih dan mengangguk, tanda setuju dengan kata-kata Marisya Aqeela.

“Haa, dah lah masuk lambat, berbisik-bisik pulak depan saya! Nak saya bagi mikrofon ni biar satu kelas dengar apa yang awak cakap?” perli Puan Mariani.

Seperti tahu-tahu sahaja Puan Mariani yang mereka memperkatakan tentang dirinya. Merah padam muka Marisya Aqeela dan Qaleefa mendengar perlian itu. Hanya mampu menundukkan muka dan menahan gelakan rakan sekelas. Lebih tersentap rasanya diri Marisya Aqeela apabila menyedari mereka turut digelakkan oleh Aizat Fariq, rakan sekelas yang diminatinya.

“Sudah-sudah gelak tu. Awak yang lain pun sama. Jangan ingat saya tak nampak apa yang awak buat walaupun awak duduk kat belakang. Yang berbualnya lain, yang main handsetnya lain, yang tidur, macam-macam peel. Tak faham saya dengan awak semua ni. Berbuih mulut saya mengajar, boleh pula awak buat hal sendiri. Macam tu, serupa saya tak mengajar,” seperti bertih jagung kata-kata itu keluar daripada Puan Mariani.

Memang ada betulnya apa yang dikatakan. Macam-macam gelagat pelajar di dalam kuliah, sampaikan pensyarah sendiri dah hafal semuanya. Biasalah, budak baru nak matang. Eh, budak ke?

Puan Mariani meneruskan semula syarahan Hubungan Manusia Di Dalam Pentadbiran Awam. Sesekali dia bertanyakan soalan kepada mana-mana pelajar yang dikehendakinya. Marisya Aqeela khusyuk mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Puan Mariani dan sesekali menulis nota-nota yang dirasakan penting.

“Fariq, tolong bagi saya empat elemen dalam konsep yang dinyatakan oleh Johari Window!”

Serentak Marisya Aqeela memandang ke belakang, ke arah Aizat Fariq sejurus mendengar nama itu disebut oleh Puan Mariani.

“Er.. Johari Window ke puan? Er.. Konsep dia pasal tingkap la kan? Nama dia pun dah sama?” termangu-mangu Aizat Fariq mencuba menjawab soalan itu. Kali ini, dia tidak terlepas daripada pandangan Puan Mariani apabila melihat dia begitu asyik menekan punat telefon bimbitnya.

“Tu lah awak. Saya mengajar kat depan, awak mengajar kat belakang. Sampai konsep penting pun tak tau. Boleh pulak disamakan tingkap dengan pengasas konsep ni. Lain kali jangan asyik sangat dengan tingkap kat handphone awak tu. Siapa boleh tolong Fariq jawab soalan ni?” bertambah lagi syarahan Puan Mariani diikuti dengan ulangan soalan.

Marisya Aqeela berkira-kira mahu membantu. Kasihan melihat Aizat Fariq yang dilihatnya buntu dan kelihatan malu dengan sindiran Puan Mariani. Qaleefa yang duduk di sebelahnya menyedari kelakuan Marisya Aqeela, lantas terus mengangkat tangan kanan Marisya Aqeela setinggi yang boleh. Tersentak Marisya Aqeela dengan tindakan Qaleefa. Matanya dikecilkan dan dipandang tajam sahabatnya itu. Qaleefa hanya selamba dan tersengih sebaik sahaja Puan Mariani mengarahkan Marisya Aqeela menjawab soalan itu.

“Er, 4 elemen di dalam konsep Johari Window adalah Open, Blind, Hidden, Unknown,” pantas sahaja soalan itu dijawabnya.

Lega hatinya apabila Puan Mariani mengangguk tanda mengiakan jawapan itu. Fuhhhhhh, lega hati ceq. Siap hang satgi ceq tibai, Qaleefa !

Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1DTWuMlO6

Tuesday, January 10, 2012

Bismillahhirahmanirrahim.

Lama tak menaip. Lama tak berfikir banyak. Lama tak merapu. Lama tak menjenguk.

Kesibukan terlampau sem ni. Sibukkan diri dengan semua benda selagi masih diperlukan (kononnya). AMANAH dah lepas, akan datang PPA pulak. Sad and hard to let go, but everything need to change.

Dah masuk pon tahun 2012. Kejap je masa berlalu kan. Diam tak diam je. Macam-macam benda terjadi, macam-macam benda berubah. Sama ada aku nak, atau pun tak.

2011 :

Januari 2011
- Timbalan Setiausaha AMANAH & Exco Keusahawanan PPA
- KPO COLGIS @ Langkawi
- Dinner Kerjaya YPJ & IRDA

Februari 2011
- Heartbroken

Mac 2011
- Activities

April 2011
- Festival Filem & Video Pelajar
- Konsert Simfoni Diraja
- Grand Dinner PPA

May 2011
- Final examination semester A102

Jun 2011
- Yok Gi Ganu
- Bella Engagement

July 2011
- Flextronics PTP

August 2011
- JB

September 2011
- New semester A111

October 2011
- Aidiladha @ Kedah
- Tour de Northern
- Pulau Redang
- Genting Highland


November 2011
- Pewaris Muda Negara, Felda Titi, N9
- Etiket Sosial

December 2011
- Ko-k Graduation
- Dinner AMANAH
- AGM AMANAH
- 22 Birthday

Sort of.. Banyak lagi yangtak tersenarai sebab aku pun dah lupa. Banyak benda baru dalam hidup sepanjang 2011.. Peluang jadi MC, peluang handle program, krisis, konflik, love, all in one.

Hate the sad things, but it was part of experience. Learn new thing from that sadness. Happiness never remain. But I always hope to have that kind of happiness, ever after.


Masuk usia 23, macam-macam dah kat dalam kepala. Komitmen, tanggungjawab, cinta, sayang, sahabat, keluarga.

On the time I thought that I'll never fall in, I didn't notice that in fact, yes, I am. But, yes, second time heartbroken. End up with something that will make me remember it with smile. Well, as long as we can be a friend, I always wish for the best.

Aku rindu masa dengan kawan-kawan, aku rindu waktu sama-sama. Aku rindu semua kenangan yang dah tercipta. Takkan terulang, tapi aku sentiasa mengharapkan yang terbaik.

Trying to be a good and better person. Always in my pray.

Manusia penuh sentimental. Itu aku.



Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1DTWuMlO6

Wednesday, November 16, 2011

Sekali Lagi~

Bismillahirrahmanirrahim..

It's already mid nite, and all of sudden, I got an idea to write something.. I'm not going to make any discrimination, it's just my personal thinking, from what I'd seen and from my experience (gotchaaaaaa).. First of all, I'm sorry for those who thought that I'm talking bad bout it.. ;)

:::::: Tune to Malay ::::::

Aku melihat sesuatu daripada perspektif peribadi, dan juga daripada pemerhatian kehidupan.

Seorang lelaki, gemar mengumpul satu senarai panjang gadis.
Dia kemudiannya akan mencuba untuk menawan hati setiap gadis tersebut.
Bermula hanya dengan satu sapaan, berterusan hingga menjadi satu persahabatan.
Kemudiannya, bertukar kepada satu perasaan.
Lelaki itu, akan menaburkan kata-kata manis, kata-kata yang tersangat lembut, dan baik.
Hingga menimbulkan perasaan suka, sayang, dan cinta gadis kepadanya.
Si gadis menyangka, si lelaki benar-benar memaksudkan apa yang diperkatakan.
Si gadis terkeliru dengan perasaan sendiri.
Walaupun si gadis memiliki hati yang keras, namun sedikit demi sedikit, hatinya terbuka.
Sehingga meletakkan hati sepenuhnya kepada si lelaki.
Si lelaki, pada masa yang sama, menaburkan kata-kata yang sama kepada gadis-gadis lain.
Mungkin berbeza cara, bersandarkan kepada personaliti gadis yang ditaburkan kata.
Dari situ, dia menilai setiap gadis.
Dan pada akhirnya, dia memilih hanya seorang daripada gadis-gadis itu.
Gadis yang terbaik untuk dirinya, dan menepati cita rasanya.
Hanya gadis itu.
Gadis-gadis yang lain ?
Ditinggalkan sebegitu sahaja, ataupun, dijadikan teman hanya bila diperlukan.
Apabila dipersoalkan, si lelaki menyandarkan kepada satu istilah, sahabat.
Hanya sahabat, dan sahabat perlu saling memahami,malah melebihi pemahaman pasangannya.
Menangis, memendam rasa, dan kecewa si gadis, hanya dia yang merasainya.
Si lelaki, tiada perasaan, kerana dia hanya memerlukan seorang sahaja.
Dan dia telah memilikinya.

Ini realiti, aku dah melalui beberapa kali, sama ada daripada pengalaman sendiri, atau pun daripada situasi sahabat aku.. Sekalipun cuba mengelak daripada terkena, dan terkena lagi, tapi kadang kala sendiri alpa, dan membiarkan perasaan tu membuai dalam diri. Akhirnya, sesuatu yang cuba dihindari, mendekati lagi, dan menyakitkan hati sendiri.

Kadang-kadang aku terfikir, kenapa lelaki selalu sangat macam ni? Seronok ke simpan senarai panjang gadis untuk di'tekel', then usha-usha, dah dapat kau tinggal ? Tak rasa bersalah ke? Ke memang hobi?

Memang tak semua macam ni, tapi, kebanyakannya memang macam ni. Gadis, punya hati yang sensitif. Apabila wujud seseorang yang dirasakan sempurna dan baik dalam hidupnya, dia akan mengharapkan yang lebih daripada hubungan persahabatan. Lelaki dan perempuan, mustahil untuk kekal sebagai sahabat selamanya. Pasti akan wujud walau hanya sedikit, perasaan dalam diri mereka.

Si gadis, jangan mudah terperdaya dengan kata-kata manis itu. Perlu sedar, mungkin kata-kata yang sama ditaburkan kepada gadis lain, bukan hanya kau seorang. Keraskan hati, jangan terlalu membuka hati. Sekalipun kau dah lama kenal dia, tapi, belum tentu kau kenal dia dengan sebetulnya.

Mulakan persahabatan, dengan niat yang betul. Mengenali dengan sedalam-dalamnya, dan memahami dengan cara yang terbaik. Tak selamanya kau perlu berhati-hati dan mengelak diri. Satu hari, kau perlu membuka hati, dan mungkin pada masa itu, dia orang yang tepat yang kau cari, jodoh yang Allah telah janjikan.

Ada kekurangan tersendiri pada setiap gender, dan jangan jadikan semua itu sebagai satu kebiasaan. Kalaupun yang lain melakukannya, kau perlu cuba mengelak. Jadi yang berbeza, baru dikatakan kau sebagai 'bukan istimewa tetapi terhad = not special but limited edition'..

Tak kira kau lelaki atau perempuan, cuba elakkan mempermainkan hati seseorang. Tak salah jika kau mahu bersahabat, tetapi, jangan memberikan harapan kepada seseorang jika kau tak bermaksud untuk memiliki perhubungan yang lebih, selain dari itu.

Sebab aku menulis entry ni ? Sebab aku sedang cuba mengelak diri. Baik sakit sekarang, daripada sakit kemudian hari. Kawan, aku memang mula menyukai kau, tapi, aku terlihat, aku patut berhenti daripada perasaan ini. Mungkin bukan kau. Mungkin orang lain.

Sebelum aku lebih terasa emosional dan bakal menjadi William Shakespeare, lebih baik aku stop menulis.

Sekali lagi, maaf. ;)

2.10 am
16/11/2011
Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1DTWuMlO6

Sunday, October 9, 2011

Psikologi & Manusia

Secara tiba-tiba, terfikir nak mencari something yang berbeza.. Bila dah asyik berfikir dan menjadi pemikir ni, terasa pulak nak mencari sesuatu yang berkaitan psikologi, logik, dan saintifik tentang manusia dalam beberapa aspek.. Mungkin semua ni dibuat berdasarkan kepada pemerhatian mereka terhadap sampel melalui populasi, dan merumuskan semuanya mengikut nisbah dan perangkaan.. Yang aku dapat ni, copy bulat dari web-web motivator.. I tried all of it, some of them show the true, and some are not..Sama ada betul atau pun tak, wallahualam.. Kalau ada yang sama, mungkin hanyalah kebetulan.. Read for fun, and knowledge.. ;)


TIPS MENGENAL DIRI SENDIRI MELALUI DR MOHD FADZILAH KAMSAH

1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour

Contoh: 20 05 1981

2 + 0 = 2

Maka kotak pertama adalah 2..
Kemudian campurkan kesemua nombor..

2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26

Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti:

2 + 6 = 8

Maka kotak kedua adalah 8..
Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua

2 + 8 = 10

Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi

1 + 0 = 1

Maka kotak ketiga ialah 1..
hasilnya..

2: Lembut
8: Bisnes
1: Pemimpin

Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam
diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda
akan menjadi seorang yang berguna.


TAFSIRAN TANDA TANGAN


1. Satu garisan di bawah tanda tangan

~ Seorang yang sangat yakin

~ Ada personaliti yang hebat

~ Agak mementingkan diri sendiri

~ Percaya bahawa kebahagiaan dalam hidup sangat perlu


2. Dua titik di bawah tanda tangan

~ Anda romantik

~ Mudah bertukar pasangan macam tukar baju

~ Memilih kecantikan (bagi lelaki)

~ Sentiasa berusaha untuk kelihatan cantik (bagi wanita)

~ Mudah menarik perhatian orang untuk berdamping


3. Satu titik di bawah tanda tangan

~ Anda kelihatan mudah dan tenang

~ Cepat hilang kepercayaan pada orang anda percayai apabila dikhianati


4. Tiada garisan/titik di bawah tanda tangan

~ Seronok dengan kehidupan

~ Ikut gaya dan cara sendiri

~ Kurang memberikan perhatian pada pandangan orang lain


5. Tanda tangan yang tiada kaitan dengan nama

~ Anda sentiasa berusaha supaya smart

~ Suka berselindung

~ Jarang mengambil pandangan orang lain sebagai panduan hidup

~ Yakin dengan kebolehan diri sendiri


6. Tanda tangan berasaskan ejaan nama tapi sukar nampak

~ Anda cerdik tapi kurang hendak berfikir

~ Anda cepat menukar pandangan dan idea


7. Tanda tangan huruf satu-satu, tidak bersambung

~ Seorang yang sangat prihatin

~ Tidak pentingkan diri sendiri

~ Sanggup berkorban apa saja untuk orang lain

~ Seorang pemikir

~ Seorang yang mudah serik


8. Tanda tangan ikut ejaan nama dengan huruf yang jelas

~ Seorang yang sangat baik

~ Boleh menyesuaikan diri dalam apa juga keadaan atau dengan siapa saja anda berurusan

~ Tegas dengan pendapat sendiri

~ Ada semangat yang tinggi


TAFSIRAN KIRAAN TARIKH LAHIR

Contoh: 12 April 1974

12 + 4 + 1974 = 1990

1 + 9 + 9 + 0 = 19

1 + 9 = 10

1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1) Keterangan nombor lahir..

1. Ketulenan

- Memilih untuk bekerja sendiri.

- Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.

- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.

- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau bos.

Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik.

Berfikirlah secara terbuka.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks,
Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan,
Requel Welach

2. Pendamai

- Dilahirkan sebagai diplomat.

- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.

- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.

- Mereka tidak suka bersendirian.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill
Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus
Mozart.

3. Ceria

- Mereka sangat kreatif, sosiol, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.

- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.

- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.

- Mereka sangat popular dan idealistik.

- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann
Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster

4. Konservatif

- Golongan ini sangat peka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.

- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan

- Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.

- Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar

- Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.

- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond,
Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan

5. Perintis

- Mereka adalah perintis.

- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat.

- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.

- Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu

daripada setiap situasi yang ditempuhi

- Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.

- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln,
Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler,
Helen Kellar dan Mark Hamil.

6. Romantik

- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.

- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.

- Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.

- Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.

- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.

- Mereka suka seni musik.

- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.


- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Alert Einstein,
Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn

7. Intelektual

-Golongan ini adalah Pencari.

-Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar

untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.

- Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.

- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka

dipersoalkan.

- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala

bersendirian.

- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam

menyelesaikan sesuatu perkara

- Mereka sangat suka berahsia.

- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare,Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana

8. Penyelesaian

- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.

- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
- Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.

- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Fraempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis
Presley.


TAFSIRAN MATA

Mata adalah lambang perjalanan pemikiran seseorang manusia:

1. Jika mata jarang berkedip, menandakan orang itu sangat tajam pemikirannya, dan jika tak berkedip langsung bila ia bercakap, dia sangat tajam dalam sesuatu bidang, sebab konsentrasi dia sangat kuat sekali. Orang ini sangat berpotensi jadi saintis atau pakar dalam pelbagai bidang.


2. Jika renunganya matanya tajam
macam renungan mata harimau ,orang ini sangat bersungguh dalam melakukan sesuatu, dan tajam juga pemikiranya dengan syarat matanya kurang berkedip. Dan dia ada dua sifat exstrem sama ada sangat jahat atau sangat baik jika dia berpeluang berbuat demikian..


3. Mata sering berkedip seolah-olah ada habuk masuk mata , orang ini kurang cerdas dari segi pemikiran dan kurang pandai dan mudah kena tipu.


4. Renungan mata yang lemah, menandakan orang ini kurang tajam pemikirannya dan kurang bijak, atau dalam kata lain dia hanya berpotensi jadi watak pelakon tambahan atau watak orang kampung dalam filem Hindustan.


5. Jika seseorang memiliki mata yang kecil, tajam renungannya dan tak berkedip, dan jika ada cahaya, orang ini sangat hebat dan memiliki sifat ekstrem samada bijak dan sangat jahat atau bijak dan sangat baik serta sangat berpotensi jadi pakar, mata jenis ini ramai dimiliki oleh orang Barat.


6. Jika matanya renungan tak tajam tapi renunganya seolah-olah nampak sangat jauh orang ini bijak dan fikiranya adalah unik dalam berfikir dan bijak sekali dan jarang pegang watak jahat biasanya watak baik sahaja dengan syarat jangan banyak kedip. Nak tahu mata jenis ini lihat mata Dr. fazilah kamsah, Dr. Mahathir dan ramai orang Jepun memilikinya.


7. Jika mata besar macam mata lembu, maka orang ini kurang bijak dan lagi teruk jika tak tajam renunganya dan tak bercahaya matanya.


8. Jika mata seseorang sering berkeliaran biji mata hitamnye, jaga-jaga orang ini kaki belit sikit dan suka tipu dan tak bijak bahagian ilmu. Sukar dipercayai dan dibuat kawan.

So, macam mana?
Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1DTWuMlO6

Followers