Tuesday, May 17, 2011

Dare To Dream~

Bismillahirrahmanirrahim...

Entry again!! Malam-malam macam ni tiba-tiba teringin nak buat entry.. Tak nak entry yang serius dan skema.. Aq nak buat entry yang merepek.... Eh, bukan merepek, relevan.. Sebab umur dah cukup & dah boleh fikirkan.. Heheee..

Selalunya, kalau lepak dengan kawan-kawan, kadang-kadang mesti isu ni keluar.. Paling selalu, isu partner tu asal dari mana.. Dan selalunya, mengharapkan partner kawan-kawan aq tu dekat dengan selatan, so, senang aq nak pergi.. tapi, biasanya, diorang prefer yang jauh, so, maybe aq kena naik flight ataupun diorang hantar kereta kena jemput aq.. :)

Satu lagi yang suka nak cerita, tema wedding tu.. Homaigod!! Aq suka sangat!!! Macam-macam dalam kepala aq ni fikir.. Eh, kalau kahwin, boleh buat resepsi banyak-banyak kali kan? Em, so, duit kena kumpul banyak-banyaklah sebab banyak tema ni.. :)

Tema yang sangat aq suka, perkahwinan bawah pedang.. Nampak macam, sangat interesting.. Just imagine, pakaian partner kita tu pakaian seragam ketenteraan (smart kan? Kita sukati la nak pakai apa), pastu, nak masuk kat pelamin tu, lalu bawah pedang.. Sambil tu ada flower girl yang taburkan bunga-bunga kat laluan tu.. Wah, sangat best!! Tak tau nak cakap camne perasaannya.. One of my cousin, Leftenan Muda, and masa dia kahwin pon, dia buat macam ni.. Tak dapat tengok real, tapi tahap keterujaan nak buat wedding macam ni sangat tinggi.. ^^.. Nampak macam satu wedding yang perkasa kan..

Then, garden wedding.. Konsep ala taman, tapi aq tak nak lah yang buat dalam dewan lepas tu hias jadik macam taman.. Macam fake la kalau buat macam tu kan.. Kalau boleh, buat kat taman betul dan tempat tu betul cantik.. Bukan macam taman skodeng tempat budak sekolah berdating or budak main gelongsor, buaian, kuda-kuda.. Tak best la kan kalau tengah happy dengan partner lalu depan papan gelongsor, tiba-tiba ada anak tetamu dok main kat situ jatuh betul-betul masa kau lalu dan kau tergolek.. Very the malu.. Konfem, sampai sepuluh generasi pon orang akan ingat, "Jangan buat wedding kat taman.. Dulu tu ha, moyang kau, buat wedding konon-konon kat taman laa.. Nak sangat taman last-last buat kat taman permainan.. Pakai cantik-cantik jelita menawan, tiba-tiba tersembam.. Gedebuk depan moyang lelaki".. Ok.. Ni serius tak nak jadi.. Nak buat kat taman yang betul-betul taman.. Ada bunga fresh, so, dari situ dah jimat kos kan.. Tak yah beli bunga fresh nak hias dewan.. Natural lagi.. Santai pulak tu.. Takde protokol sangat..




Tema lain, wedding kat tepi pantai.. Homai... Ini sangat romantik.. Even that I'm not that type of person.. Hehee.. Imagine cepat!! Santai, dan bebas..Private, and just for families and close friends.. Macam wedding Malique & Melissa Maureen tu.. So, lebih seronok sebab kita raikan dengan orang betul-betul dekat dengan kita.. Angin pantai sepoi-sepoi, lepa tu agak-agak nak berjiwang karat, main kejar-kejar dengan partner masa sunset.. Agak kau tengah geram dengan partner, kau terus terbangkan dia dalam laut.. Baru betul-betul romantika kan? Sekali lagi cerita kat sepuluh generasi, "Dulu moyang kahwin buat kat tepi pantai laa.. Lepas tu tak tau apa angin, ditolaknya moyang lelaki dalam air tu.. Tiba-tiba ombak bergulung telan.. Nasib baik takde apa-apa, kalau tak hari pertama kahwin dah menjanda".. Err, moralnya, nak buat tema ni make sure buat kaji cuaca dulu.. Cek amaran tsunami jugak.. Dan jangan pulak buat kat pantai yang terbuka and tak cantik.. Kalau dapat kat pulau yang tak ramai orang, pasir putih je, air kaler biru, sekeliling pokok-pokok pantai, mesti lagi best..





Tengok Kate-William kahwin naik kereta kuda best jugak kan? Tapi, tu sesuai dengan diorang je laa.. Diorang public figure, ramai nak tengok wedding diorang.. Sampai sanggup tidur tepi jalan on the ke istana semata-mata nak tengok pasangan tu naik kereta kuda lambai-lambai.. Eh, boleh kot.. Sebab aq duduk kat kampung, maybe boleh lah aq sewa sekor lembu, hias cantek-cantek, buat macam kereta kuda betul, lepas tu suruh orang kampung semua tunggu tepi jalan dari jalan besar ke rumah aq, lepas tu aq lambai-lambai diorang.. Masa berarak tu jugak kena mintak pasukan Rela berjaga sepanjang jalan, lepas tu kena juga pakai baju kalis peluru kan.. Takut-takut ada pulak tragedi. Tak memasal terkorban.. Tapi, mesti lepas tu cucu cicit generasi kesepuluh aq kena ketawakan kan bila cucu cicit generasi pasangan lain cerita, "Eh, dulu moyang kau kahwin berarak naik kereta lembu ea? Kau tau tak, kalau masa tu aq dah lahir, aq baling je dengan telur tembelang.. Pikir diorang tu kerabat raja or orang kaya ke nak buat macam tu.. Dah lah suruh orang kampung berdiri tunggu moyang kau lalu tepi jalan.. Menyusahkan je".. Oo, betul jugak kan, so, sangat tak relevan lah macam tu kalau nak buat.. Tapi, ada jugak kan yang buat macam ni.. Naik kereta kuda berarak.. Tak pun, naik motor antik, pelamin atas lori ke.. .. Hmm, kena cari jugak putera raja baru boleh buat macam ni..



Wedding tradisional, pon best kan? Baru nampak kemelayuannya.. Hehee.. Buat dalam rumah or dewan, then ada pelamin cantik, bunga telur kat tepi pelamin, barang-barang tepung tawar.. Ok, kalau buat tema macam ni, aq nak ikut tradisi kat Johor.. Sebelum pengantin lelaki sampai kat pelamin, rombongan dia kena lalu beberapa tol.. Then kena sediakan duit tol untuk setiap tol tu, bagi kat yang jaga tol, baru boleh naik kat pelamin.. Lepas semua tol bayar, baru penutup muka pengantin perempuan dibuka dan pengantin lelaki dapat tengok.. Comel kan? Lepas tu tetamu semua tepung tawar pengantin, baling la segala benda tu, beras, air mawar, dll.. Macam restu pulak kan? Lepas tu malam berinai boleh tukar-tukar baju.. Dulu tengok makcik aq kahwin (ada la dalam 12 tahun lepas, hehe), dia pakai baju Jepun, India, Cina.. Aq nak tambah lagi, baju tradisi Korea, Arab, gaun, blablablabla.. Nak buat gaya macam kat Melaka / Negeri Sembilan pon best jugak.. Pernah sekali masa tu sedara belah ayah aq kat Lubuk Cina , Melaka kahwin.. Persandingan buat waktu malam, lepas tu pengantin lelaki diarak naik tandu dari rumah bersiap tu.. Dah sampai kat rumah pengantin perempuan baru diturunkan.. Mesti best kan kena angkat.. Tapi, mesti jugak orang yang angkat tu lelah.. :)






Tapi, tu semua setakat angan-angan je kot.. Rasanya, lama lagi lah baru boleh nak aplikasikan.. Tu pon, belum tentu dapat buat semua.. Ni pon cuma sebahagian cerita.. Banyak lagi impian kat bawah cerita yang dah ditulis tu, cuma tak larat nak tulis banyak-banyak.. Belum lagi masuk flower girl, pengapit, photoshoot pre-wedding, photoshoot wedding, gaun nak pakai, crown macam mana, kaler ape, nak buat kat mana, macam-macam lah.. Apa-apa pun, semua tu cumalah sesuatu yang bagi kita memori seumur hidup dan happiness.. Mestilah kita nak raikan kan.. Dalam Islam sendiri cakap, bila kita kahwin perlu untuk kita war-warkan supaya orang tahu dan takde syak.. Cuma, bila bertema bagai ni, mungkin nampak bermewah & mungkin jugak orang akan anggap kita riak.. Kalau gah macam mana pun majlis kita, tapi masjid yang kita bina tu tak kukuh, tak ke mana.. Pucuk pangkalnya, berbalik kepada asas Islam.. Yang pentingnya, akad nikah yang sah, restu keluarga.. Ada semua tu, insyaAllah kita dapat buat apa pun majlis dengan tema yang kita nak kan?

Secara tiba-tiba aq buat entry macam ni, sebab aq baru lepas tengok gambar kahwin & tunang kawan sekolah aq.. Rasa macam baru je kitorang main nyorok-nyorok bawah meja masa tadika dulu, macam baru jugak rasanya main ejek-ejek dengan dia, tiba-tiba, dapat jemputan majlis, dan dia dah jadi milik orang lain.. Rupanya, kita dah tak muda lagi kan.. Sekejap je masa berlalu.. Tak lama lagi, maybe ada jemputan majlis cukur jambul, lepas tu raya rumah diorang pon boleh main-main dengan baby..

I'm happy for my friends.. It's already your time.. I wish that all of you will be a great and happy partner, ever after.. Mine, is still too far.. I still have something that I want to achieve, and I want to prove to others.. My priority is to give happiness to my families, my mom, my brothers.. I want to see them happy.. Let say if we get married in such a young age, how can we be a good daughter/son to our parents and good sister/brother to our siblings? We already had another responsibility to do.. For me, in my personal thinking, I want to give my responsibilities to myself, and my family first, before I can give my responsibilities to others, that will take my responsibilities forever.. :)) .. 1 day, my time will come, I just dont know when it'll be.. I'm still too young.. I need to learn how to cook, how to manage people, how to be a good wife, how to be a good daughter-in-law, how to be a good sister-in-law, how to be a good muslimah, and how to be loyal to my husband.. Many things to learn and prepare before I can say, "I'm ready!!"..

Ok.. Perkahwinan tu cuma satu isu.. Jauh sangat kalau nak dibincangkan.. Ni cuma satu perkara yang aq seronok bila bercerita.. Cuma untuk aq, belum masanya lagi.. I'm still waiting for my husband, not boyfriend.. Hehee... :)

p/s: Seriously, aq rasa macam, "erkk, betul ke minah ni tulis ni?".. Hahaa.. Ok, sekali lagi, ni entry merapu cerita bukan-bukan.. Aq cuba cari gambar cantik-cantik pon, tak banyak yang ada.. So, good night!!

3.15 am
17 May 2011

6 comments:

Abdul Muiz said...

Kali ini ada kelainan dalam entri terbaru..

drpd post terbaru ni syita ada potensi menjadi pereka majlis perkahwinan. mak andam pon boleh..:D

hopefully you can get it. you deserve it.

Ridzuan Jalil said...

wo!lagu sedap..nak kahwin bawah pedang cari la pegawai tentera..hehehe

Zamri said...

sword barrel tu..aku pun teringin nk wt sword barrel mse kawen nti..hehe

♥yaya budak suka embun♥ said...

great..suka plak tgk dream camni..

ohhhh

nak kawen!! :P

Masyita Atiqah said...

muiz: huhuu.. :)

ridzuan: err..tu laa pasal..kne start cari ni..^^

zamri:oho..sword barrel ke namenye..hehe

yaya:jom2 kawen..heee

ojousara said...

wish one of your wedding dream comes true dear...

p/s : kita prefer yang kat beach or garden...hahaha

Followers