Sunday, February 6, 2011

Layangan Di Bumi Mahsuri~

Pakar dalam ekonomi kata :

Melepaskan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu yang lain itu dinamakan KOS LEPAS

Sebabnya??

Sebab, ada beberapa perkara, yang mana menyebabkan kita tak dapat memenuhi setiap keperluan tu.. Dan kehendak setiap manusia itu berbeza, yang mengatasi sumber yang ada..

Ada kaitan ke??

Takde...

T_______________T...

Eyyy!!! Ada laa!!!

(^_______________^)...

Suka-suka!!!!

Hehehee.....

Motif??

Saya mahu bercerita...

COLGIS aka College of Government, Law, and International Studies (Kolej aq laa), buat Kursus Pengorganisasian Organisasi untuk semua Majlis Tertinggi & Exco semua persatuan di bawah kolej ni ->
1)Persatuan Pengurusan Awam (BPM)
2)Persatuan Pengurusan Pembangunan (BDM)
3)Persatuan Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa (BIAM / Intaff)
4)Persatuan Sains Politik
5)Persatuan Undang-Undang (LLB)

KPO ni buat kat Pulau Langkawi, Pulau Mutiara (betulkan??).. Oh My My... Impian aq nak ke Langkawi akhirnya tercapai... Jakun la sangat kan.. Haha.. Betul.. Aq memang nak sangat ke Langkawi ni since aq dalam perut mak aq lagi.. Tapi ni baru dapat pergi.. Ok.. Tipu.. @@... At first, sepatutnya KPO ni buat kat Hatyai, Thailand tapi disebabkan tiba-tiba je ada pergolakan kat sana, so, it had to be cancelled... Sedih sangat.. Dalam fikiran dengan poyonya nak buat status kat facebook ' SELAMAT TINGGAL MALAYSIA' - ini status to-be Syida ok.. Hehee..- tak jadi sebab kami kat dalam Malaysia je.. Takpelaa.. Daripada nyawa tergadai, baik kat Malaysia je.. Selamat, Aman, dan Damai.. Hee...


KPO ni dari 27-29 Januari 2011.. Seriously, agak berat hati nak pergi, sebab duit makin tipis... PTPTN tak masuk lagi, padahal dalam hati dah fikir nak shopping macam-macam.. Nak belikan Puan Emak, Encik Ayah, Saudara Adik empat orang, dan Keluarga UUM souvenir.. Tak nak laa tangan kosong balik kan? Ey!! Kau pergi sana berkursus ke nak shopping hah??!! T_____T.. Ok... KURuSUS... Tapi, sebab nak belanja SIKIT-SIKIT, mintak jugaklah kat Puan Emak masukkan duit dengan janji untuk bayar balik bila PTPTN masuk.. Dan Puan Emak pun bagi dengan besar hatinya sebab aq janji nak bayar... Hehee...


Gerak dari UUM jam 8.30 am, then sementara tunggu feri tu, kami pergi laa breakfast dulu kat kedai-kedai tepi tu.. Aha.. Kedekut punya kedai.. Air rasa pelik.. Sedap lagi yang aq buat.. :p... Roti canai pon ciputttttttttttt sangat... Tapi asalkan boleh kenyangkan perut, da cukup suka hati.. Lepas makan, berfotografi kat dalam terminal... Punyalah suka hatikan... Berlepas dari jeti Kuala Perlis dalam jam 10.30 am.. 1st time dalam hidup aq naik feri, agak JAKUN di situ.. Eh!! Bukan aq sorang!! Yang lain pon!! @@.. Dapat duduk kat seat atas, rasa macam duduk atas air.. Tak sampai 30 minit duduk, sibuk turun pulak ambik angin kt luar... Sungguh, aq rasa macam tenang je bila keliling tu air laut.. Sampaikan, aq rasa, macam tak terganggu langsung dengan suara bising yang lain.. Bila feri dah mula membelok pulau-pulau, lagi lah aq menghayati view kat situ, sampai ada orang tegur aq "menghayati' dan aq jawab "sekali sekala".. :)... Aq kan pencinta alam cuma tak berkesampatan dari segi duit untuk meneroka..^^...










Sampai-sampai je kat jeti Kuah, tunggu bas ambik, BAS SEKOLAH setelah sekian lama, bawak kami ke penginapan kat Langkapuri Inn.. Makan-makan, check in.. Waktu ni yang kami pening sebab mentawaf seluruh inn untuk cari bilik kami.. Puas pusing, rupanya receptionist bagi kami kunci yang salah.. Oh kakak.. kenapa tak cakap awal-awal?? Dapat je kunci, menarik beg hampir 200 meter untuk ke bilik kami..






Oh My!!! Cantiknya chalet!!! Tapi, kenapa takde no bilik kami?? Ok.. Kami jalan lagi nak cari.. Oh My!!! Inikah bilik kami??


Oh Tidak!!

Rupanya...

Cantik kan??Bahagianya dapat duduk bilik macam hostel kat Bukit Kachi tu.. T___T.. Hey, please, dont judge a room by its outside.. Sila masuk ke dalam...



Wah!!! Luar setinggan... Dalam Kondo!!! Hahahaaa.. 2 queen size bed, air-conditioner, TV, Astro, dapat lah kita menikmati malam ni kan? (Ayat gatal kau Syita!!) .. Tapi, serious laa, masyukkkk.... Memang sangat terbaik sungguh bila dapat macam ni setelah bertahun di Bukit Kachi menikmati bilik kecik berebut tandas kotor kipas rendah monyet kacau orang teriak panggil kawan satu paras tak reti ketuk pintu - huraikan sendiri..




Describe panjang-panjang, macamlah kau pergi sana nak holiday kan?? Iye, 2 in 1 laa.. Kurusus itu priority, holiday itu yang selebihnya.. Memang laa kurusus itu penting, sampai kau tidur masa orang bercakap pasal organisasi kan?? Hehe.. Sepanjang 3 hari kat sana, aktiviti tak lah padat sangat.. Relax, santai, enjoy sangat.. Macam Encik Razak kata, kalau persekitaran baik, dah tentu pelajar tak rasa terganggu dan rasa seronok dengan apa-apa aktiviti.. Betul tu!! Saya sokong encik!! Thumbs up!! Sepanjang kursus ni jugak, kami didedahkan secara detail tentang pengorganisasian sesuatu persatuan, cara nak buat paperwork, cara nak buat bajet, cara nak uruskan majlis, cara nak bla bla bla.. Most of it, COLGIS bagi taklimat dan ada sesi soal jawab untuk hal yang kami tak faham.. Ilmu baru yang aq dapat dan aq nak praktikkan dengan baik.. Bukan senang kita nak uruskan organisasi.. Mesti akan ada masalah, tapi, bila kita dah tahu cara yang betul, mesti ada faedahnya dan bagi kita kelebihan untuk buat dengan bagus.. Dan kita jugak akan tahu cara yang paling bagus untuk selesaikan dengan rasional dan tepat.. Kursus ni jugak mintak kami buat strategic planning untuk tahun ni - tahun kalendar 2011 - 40 buah projek sekurang-kurangnya untuk sebuah persatuan.. Maksudnya, 40 x 5 = 200 projek.. Tu KPI yang COLGIS nak capai untuk tahun ni.. PPA / BPM, plan banyak jugak lah program macam Baksis, Dinner, Ekspo, Seminar, Delegasi, dll.. Tapi yang sedihnya, program baksis mungkin kena batalkan sebab kami kena buat under COLGIS kat Sik, so, kena organise projek lain untuk cover projek yang dah cancel tu.. Take it as a challenge!!! Do something different!! InsyaAllah, boleh.. :) .. Kat kursus ni jugak, ada lah sesi yang lebih membreakingkan minda kami.. Bila je Dr Martadha (Dekan Pembangunan & Alumni) tanya tentang orang atasan dalam UUM, mostly, blank.. Tak tau sape.. Ok.. Tu kelemahan kita... Sebab sepatutnya kita tahu, jadi kita tahu sape yang kita akan rujuk bila berkaitan hal tu.. Satu-satunya yang aq dapat jawab, PNC COLGIS, Dekan kolej, dan TNC HEPA... Hehe... Sekarang, dah tahu lah jugak walaupun tak berapa nak familiar sangat.. Then, ada jugak penjelasan tentang 'exchange student'.. Barulah aq tahu, rupanya boleh jugak buat pertukaran pelajar dengan U kat Malaysia ni, such as Unimas, UMS, atau U luar negara.. Tapi, ada prosedur yang kita kena ikut, dan kalau tak silap, kena extend semester 1 sem..Aq? X sanggup laa.. Even that aq nak cuba untuk dapat pengalaman baru, tapi bila fikir kos 1 semester tu nanti, tak sanggup den.. PTPTN ni pon dah mula rasa beban nak bayar nanti.. T_________T... Secara ringkasnya, banyak perkara baru yang aq tahu bila aq terlibat dengan kursus ni, dan insyaAllah aq akan cuba jalankan tugas dengan baik dan terbaik dan sangat terbaik dan sangat terbaik sungguh dalam setiap projek yang akan dilaksanakan.. Mengharapkan kerjasama kawan-kawan semua jugak untuk jadikan semua ni realiti.. :)






Selesai part serius...


Part suka suki!!!

Yeyaayyy!!! Dah cakap kita ada 2 misi kan? 1 kursus, 1 lagi holiday!! Yah!! Holiday sebelum masanya!! Hehehe.. Bahagianya bila berkursus sambil bercuti di tempat percutian yang menyeronokkan... Pantai Chenang.. Sweet Chenang.. Lebih sweet bila di sekeliling kita semuanya Mat dan Minah Saleh yang tak cukup pakaian sampai mata dah tak boleh nak menyorok lagi.. Maaf mata.. Tambah dosa pulak.. T___T.. Tapi,memang best laa.. Pagi2, bila siap breakfast sambil tunggu yang lain siap, kita ley berfotografi kat pantai walaupun dengan baju kurung.. Terserlah keayuan gadis Melayu untuk dihayati oleh foreigner.. Hehee... Petang-petang, bila sesi outdoor game, boleh main tanam manusia (tak buat!), istana pasir (tak buat!), guling-guling masuk laut (tak buat!), terjun tiruk dari atas pokok kelapak (tak buat!).. Sengal!! Kalau tak buat, apa yang kau buat la!! Iyee,, kami bermain sorok selipar dan kejar orang, bangunan manusia dalam laut, baling belon air kat lawan walaupun belon tak nak pecah, bawak masuk biskut sebagai barang amanah dalam air, buat kumpulan dengan nama haiwan dan cari ahli dengan buat bunyi haiwan tu (nasib baik kumpulan aq buat bunyi kucing.. bayangkan kalau bunyi __________.. errkkk..) Masuk dalam laut dengan gaya haiwan tu (nasib baik kucing, boleh buat CAT walk..) Hahaha.. Sumpah lawak kau bengkok tangan buat catwalk.. :p.. Tapi, paling best bila free!! Boleh mandi-mandi, marathon dalam air, baling air, serangan luncur tangan kat kawan, berenang-renang kat air cetek, lari bila nampak JELLY FISH dan KETAM, belajar imbangkan badan (aq dah berjaya!!!), nightwalking sepanjang pantai sampai resort sebelah dengan baju kurung sambil bayangkan kau tengah berjalan dengan pakwe kau -romantik kan.. Dream and wish for this!! ^^.. - dan paling best -> BANANA BOAT.. SERONOK kau tau???!!! Kau peduli laa dengan sape kau naik, kau jeritlah kuat mana pun, sebab kau tengah berseronok!!! Kau jerit kuat-kuat tak nak terbalik dalam air tengah-tengah laut.. Kau jerit bila kau terpaksa pakai sebelah contact lens semata-mata tak nak nampak pelik mandi dengan spek dan mata kau masuk air masin yang rasanya sangat uummmppphhhh.. Kau jerit bila bot belok dan kawan kawan kau jerit padahal kau tak takut pon.. Dan kau jerit bila boat berhenti dan kau ready untuk turun, tiba-tiba bot laju dan kau tergolek dalam air... HAHAHAHAHAHAHAHAHAAAAAAA... Seronok kan?? Nasib baik ada life jacket.. Kalau tak? Jangan mimpi ada helikopter nak datang terjunkan sorang hero selamatkan kau.. @@... Tapi, kita memang have fun kan? Walaupun kita kena lalu banyak kedai selepas basah untuk balik bilik, dan ***** ber****-***** sebab nak kejar masa, tapi kita tetap jugak seronok.. Heheheee... Itu rahsia kita je Syidah, Aisyah, Syima.. :)..

Pelancong dr Sweeden...

1 2 3 lari!!!!!!!


Lari Jana!!!

Haiyyaiiittt Kapten!!

Kembong mulot tiup belon~

Posing topi tapi tak beli~

Konon comellah tu? Hahaha...


Ok.. Hafiz pelakon Dunia Baru tu..^^


Banana boat!!




29, last day KPO, sebelum berlepas dengan feri balik ke UUM, pergi menshoppingkan diri kat Pekan Kuah.. Even penginapan tu dekat je dengan The Zone yang kononnya Duty free, tapi, better menshopping kat Kuah sebab orang kata lebih murah.. Well, we have to choose the great one, or, we'll regret.. Hee~.. Bersyukurnya lah bila PTPTN masuk.. Heaven!! Sampai tak perasan beli cokelat je habis almost RM100, tak masuk lagi beli barang kat kilang gamat, beli batik pelekat, beli t shirt and souvenir lain.. Tak fikir hidup lagi 3 bulan kat UUM kan??@@..

Balik tu semua penat dan diam takde suara.. Dengan mabuk dan sempit dalam feri yang terlambung-lambung, tapi, syukur kita sampai jugak ke UUM walaupun bas tu menakutkan.. Nasib baik pasang ayat Al-Quran dalam bas, sedar jugak abang driver tu... :p..











Pengalaman baru.. Ada untungnya program ni.. kalau sebelum ni, kita banyak keliru pasal something tu, macam mana nak buat tu, macam mana nak buat ni, macam mana nak setelkan tu, macam mana nak run yang ni, tapi, banyak yang dah terjawab secara teori, tunggu masa untuk mulakn secara praktikal.. Dan ni jugak buat kita lebih kenal dan rapat.. Maybe sebelum ni, even that kita 1 persatuan, tapi just kenal nama, tapi dalam program, we have lot of communication among us, and takde lagi malu-malu buaya.. Harap-harap kekal lah.. Aq seronok dapat kenal korang.. :)..







Ya, aq ada sebut dalam status facebook aq, yang aq harap dapat lepaskan semuanya kat bumi Mahsuri ni.. Segala kekusutan, segala kepincangan, segala keraguan, segala kekeliruan, segala rasa yang tak sepatutnya.. Dan aq memang menikmati setiap momen aq, cuba lupakan, mungkin tak berjaya sepenuhnya, tapi, sekurang-kurangnya, aq dapat hiburkan hati aq.. Normal kan, bukan senang nak buang semua tu dalam masa yang singkat, tapi, dengan gembirakan diri, kita boleh hapuskan jugak, satu persatu..








Kaitan dengan kos lepas yang aq lalut awal-awal tadi? Actually, aq terikat dengan 3 program yang aq nak dan perlu terlibat.. Semua program tu berlangsung pada masa yang sama.. KPO, persembahan koir utk 3K, dan Karnival Sukan Anak Johor kat UKN.. KPO berstatus wajib... 3K sebab ni permulaan aktiviti koir untuk sem ni, dah lama tak memanaskan suara dengan bubbling, doremifasolatiso, dotilasofamiredo.. KSAJ sebab libatkan semua U yang ada Anak Johor dan buat pulak kat UKM.. Nak sangat pergi, tapi, aq kena pilih satu je.. Sebab tu aq kata, kos lepas, coz I need to pick the most one important thing, and ignore the another 2, even I really want to.. Takpe, ada hikmahnya, ni pengorbanan sut saksama kot.. Haha.. Maybe ada peluang lain.. Dont you worry about it.. There's will always be another chance, in future...




TAMMAT CHERITA~

Ya Atau Tidak??

Tak nak cakap apa-apa.. Nak cakap ni aje...

Sebab?

Sebab saya tengah fikir...

Fikir...

Fikir...

Saya **** Awak???

Awak **** Saya???

Ya??

Tidak???

Mungkin...

Tapi...

Kita makin berbeza...

Dah tak sama...

Diam-diam....

Tutup mata...

Biar hati yang bicara...


Sunday, November 28, 2010

Oh Sem 3!!!













































Tettt....Tettt...

Ada orang tak???

Ada...

Ok..Bagos...

Toing2.....

Lama tak muncul kat blog ni.. Makin lama makin bosan pulak nak update blog.. Dah laa aq suka nak menaip panjang2.. Bosan plak ... Aq bosan.. Yang nak baca pun bosan (ada ke yang baca?? :p...)Hahahah... Ok.. Ecelly aq sangat2 bz... Sem ni panjangggggg sangat... Tapi aq rase pendek sangattttttttt... Hohoo.... Wanna know why?? Sebab aq baru je kawen masa cuti sem ritu.. Bz laa.. mana nak belajar.. mana nak jaga 'home ladder' ag.. Hahahaa... Senget!!! Sem ni bz sebab banyak sangat prog.. And da start gak laa libatkan diri ngan xtvt yang bagi kepala aq ni pening gilax.... @@...


AMANAH

I Love it damn much .... Hehee... Besh lorr... Jadi senior ni kadang2 rasa cam x seronok jugak sebab x dapat laa nak meng'usha' junior disebabkan status baru kan... Senior nak usha junior?? Ok what.. Apa masalah?? Xde... Hee... Merepek lagi!!! Emm,,,dulu aq join ad hoc ni sebagai peserta biasa je... Dan bila da banyak join, kena jadi AJK utk apa2 program... Setakat ni biasa2 je... Well,,permulaan kan.. Hehee... Program sem ni pon x banyak.. Just program makan2 je.. Cam Majlis Buka Puasa & Tahlil Patriot, Raya D'Johor, Malam Mesra Aidilfitri USM... And sepatutnya kami kena laa buat Malam Kerjaya Bersama YPJ & IRDA, tapi ada sebab yang x dapat nak elak, so, postponed ke Januari nanti... And sepatutnya jugak kena ikut program dengan UTM & universiti2 Malaysia yang ada Persatuan Anak Johor 10-12 Dec ni, tapi sebab exam kena tangguh, so, we have to cancel it.. So sad oo... Xdapat laa cuci2 mata yang dah berhabuk ni.. T_________T..Ok.. Ad hoc Mahasiswa Anak Johor (AMANAH) Sesi 2010/2011, saya akan cuba jalankan tugas saya sebagai Timb. S/U dengan baik, dan cuba bagi komitmen yang baik walaupun saya terikat dengan komitmen lain.. Sebab, anda keutamaan saya... :))... MT & Exco, kita sama majukan AMANAH & naikkan lagi nama AMANAH setaraf dengan U lain.. Junior2, jom join ramai2... Da join baru awak semua tahu betapa seronoknya ada dengan AMANAH... New leading.. ^^...

PERSATUAN PENGURUSAN AWAM

Sejujurnya, aq x berapa laa aktif ngan PPA ni... Setakat ahli2 tido tu ada laa.. Join gitu2 je.. Huhux.... Betapa laa kau ni seorang yang x memperjuangkan persatuan sendiri... T___T... At 1st, masa kelas Ekonomi, sorang kawan aq ni pas borang pencalonan untuk AJK & MT PPA sesi baru.. Ecelly gak, aq xnak sbb aq ni kan pasif. Kompem laa aq x berapa nak di'vote' & kalau kena wat projek pon aq akan tenggelam sebab xde pengalaman lagi kan.. Tapi aq isi jugak sebab aq & kawan2 aq semua isi... Guess what... X sangka plak aq terpilih utk jadi Exco.. Aq pilih Biro Kebudayaan masa isi borang sebab aq berminat sikit laa ngan Seni ni.. Tapi, dipilih utk Exco Keusahawanan.. OMG... Apa laa... Ndak ku tau ni... Huhuu... And skang YDP da bagi tugas utk buat 2 paper work.. dalam kepala aq, terfikir nak buat seminar, lawatan atau expo.. Which one better ek?? Pening2... Tapi, cm gak ngan AMANAH, aq akan cuba buat yang terbaik, sebab ni semua tanggungjawab... & Tanggungjawab tu ialah akauntabiliti yang berat yang perlu dilaksanakan once kita da pegang (Apply subjek Etika Pentadbiran Awam)... I'll try my best... Hope that I can do better n make it perfect.. :))... Berjuang untuk Persatuan pengurusan Awam..

NADA UTAMA

Nada UTAMA stand for Nada Universiti UTara MAlaysia... I love singing... I do love singing... I love I love I love.. Hehhee... Seriously... Terasa rugi x masuk Ko-K Koir (Pembangunan Masyarakat pon ok apa... berbakti jugak kan...^^...) Sem ni baru start join koir & koir UUM pon baru je ditubuhkan baru2 ni & terletak bawah Pusat Budaya Seni UUM.. Seronok bila ada dgn orang2 seni.. Tapi aq prefer pada singing je.. Tarian, best jugak tapi x mampu laa nak melembutkan tangan kayu ni..@@... lakonan, xde bakat...Lolz... Sem ni dah buat persembahan utk Konsert Patriotik, Konsert Pembebasan Gaza & Hari Pahlawan, Pertandingan Lagu Patriotik, dan yang paling baru utk Majlis Konvokesyen ke 23 UUM sidang pertama.. Perform depan Sultan..OMG.. I cant imagine it... Wonderful i think.. :)).. Tapi aq paling puas hati utk Persembahan Konvo sebab semuanya nampak perfect.... Dengan latihan yang betul2 intensif, pakaian baru yang meningkatkan semangat, & lagu yang mengasyikkan.. :p... Mulanya Di Sini, yaa,,beautiful song to sing... Dapat plak jumpa dgn Diddy AF, walaupun ada artis lain macam Hazama, Faris Awan Band, & Zahid, tapi, Diddy pilihan utama... Hehee.. Smart woo...^^... Tapi sayang x dapat wat persembahan utk malam penutup konvo dengan Shahir & Daus Af sebab konvo dibatalkan.. :((... Ok.. Itu reason kedua kenapa aq join Koir ni.. Hehhee.. Before perform tu gak kami ada 2 kali bengkel dengan lecturer Filifina (As known, they're great in choir-ing..:p)... Dr Tina & Dr Carol.. They taught us how to feel that song, and how to express it.. 'Sing like u'r in love... Sing like there's someone that u love... Show the sparkles... Sparkling eyes when u showed it...'.. Oh dear!!! Thats why I love it... So sweet... Sparkling eyes... Hehee.. Apa laa merepek ni...^^.. But, bengkel tu memang laa bermakna & berguna sangat2... Under Koir gak, kami pergi lawatan ke Kl (biasa laa da duduk kat US aka Ulu Sintok ni, KL tu heaven laa sangat..Hihii...)... Tujuan utama untuk lawatan sambil belajar ke RTM, Finas & tengok teater muzikal Tun Dr M kat Istana Budaya.. But we're separated.. For the 1st trip (Kelab penyiaran), dorang pergi RTM & stay UKM utk lawatan dan kami trip ke 2 ke Muzium Negara (ok apa even nampak cam old fashion kan.. Hehe...) tapi tu je yang berbeza.. FINAS & Istana Budaya tu sama2 ngan trip pertama.. Makin membuak2 rasa cinta aq ni bila join program ni.. hahaha... Well, kat FINAS banyak tunjuk pasal penyiaran.. How to make a film from zero to Superb.. & terjumpa dgn Liyana Jasmay.. people keep saying that we're similar... Sama ke muka kami?? X kan!!! X sama pon !! Huhu.... Dia nampak agak sombong sikit..@@... Before pergi Istana Budaya, singgah SOGO.. Konon2 shopping, tapi salin baju je da dekat sejam lebih... Huhuu... Then Istana Budaya dalam kul 8 lebe camtu, start teater tu.. Starring Erra Fazira, Esma Daniel, Zizan Nin, Jalaluddin Hassan, Misha Omar & ramai lagi... 1st tyme tengok teater n Im so impressed!!! So beautiful... Smart sangat2... Even ada sikit masalah teknikal, tapi, apa laa sangat... X laa rasa rugi menjengukkan kepala dari tigkat atas tu sebab tiket murah kan.. Heheeee... Nada Utama, aq da mula jatuh cinta ngan kamu... Kamu menambahkan lagi aktiviti aq sem ni.. But it's precious!! Berbaloi2... Chaiyok2 semua!!!

SUKARELAWAN

Kami anak alam insan tuhan...
Ngembara langit biru mencari ilmu..bla3..
Diam Syita.. Nanti banjir lagi...
Ok...
Hehee.. Tu mukaddimah je... Permulaan ceritanya berbunyi begini...
Banjir melanda negeri Kedah dan merupakan banjir paling teruk dalam tempoh 50 tahun.. Beberapa kawasan turut terjejas teruk antaranya di JITRA & ALOR STAR... UUM yang terletak di SINTOK juga turut terjejas tetapi bukan disebabkan banjir, tetapi disebabkan terputus hubungan dengan dunia luar menyebabkan ramai yang terkandas dan terpaksa meneruskan kehidupan di ceruk alam itu..
Best kan berita aq? Kompem kalo jd journalist terus je ketua aq kata "YOU'RE FIRED"!!!. Huhux.....
Ecelly, ujan lebat sangat masa hari pertama konvo iaitu pada sidang pertama & hari persembahan kami (bukan kami penyebabnya ok!!)... Then berterusan sampai lebih kurang 2 hari & air pon terus naik.. lebih teruk bila empangan pon dibuka.. So, banjirlaa sampai ada tempat tu paras kepala & pinggang... Bayangkan RFC kat Jitra pown tenggelam.. Dr Rozmey je selamat.. :P.. And banjir ni jugak menyebabkan ramai student yang balik masa study week terkandas sebab x ada jalan nak masuk ke UUM, & konvokesyen sidang 5 & 6 yang melibatkan graduan kolej aq, COLGIS ditangguhkan.. Kesian sangat sebab jubah da bayar, yang ada family da sampai, tapi x jadi konvo.. termasuk kak Fara, senior LLB COlGIS yang baik ngan kami.. What to do, demi keselamatan kan.. Dan pasal ni jugak, exam ditangguhkan.. Ni yang paling memberikan perasaan rasanya sebab ramai protes.. Mana tak nya, yang ada dah beli tiket balik lepas exam terutamanya Sabah Sarawak.. Tiba2 ditangguhkan... Burn laa duit dorang kan.. Aq pon protes laa jugak.. Tapi, fikir, ada baiknya sebab menyebabkan tarikh & gap exam aq sangat cantik.. hehehe... Dan keefisienan UUM & MPP jugak membolehkan pelajar dapat menukar tarikh fligh dorang lepas deal dengan syarikat penerbangan tu..^^.. Hey, u should thank them laa.. :))...
Jauh lencongan aq.. Ok.. Disebabkan banjir, kami yang tak balik ni terpaksa laa memerapkan diri kat hostel dan kampus..Utk apa balik.. Bukan lepas pon.. Hehe..so, utk mengisi masa yang lapang, kami pon join laa program sukarelawan banjir.. Mula2 kami join kat PBSM Jitra, & beberapa lama lepas tu join plak Majlis Sukarelawan Mahasiswa Malaysia (MASKUM) kat Jitra.. Kali ni best... 2 ari di dapur memasak, 2 ari di arena pertempuran... Memasak seronok sbb dapat makan banyak2... Pastu agak relax.. Hehehe... Bersihkan rumah orang pon best sebab dapat tengok sendiri keadaan banjir tu.. Tapi penat sikit & menyebabkan kami comot.. Best woo comot... Heee... Siyesly, aq rasa insaf sangat tengok semua tu.. Nampak macam seronok je tapi betapa laa susahnya... Barang2 semua habis rosak... Rumah yang kotor & berlumpur.. Memang teruk & kesian.. Kami pergi bersihkan rumah kat Kg Pulau Timbul, & Kg Budi.. paling terok, Kg Pulau Timbul sebab kawasan sekeliling sawah.. Rumah pertama aq pergi, x teruk nak bersihkan & just basuh pinggan & kemas sikit2 je.. Masa ni, kumpulan aq bergabung dgn student UIAM.. Kawan2 aq, Lyn, Tiqah, Misa, Yap.. UIAM plak Fahmi, Mat, Fahad.. part yang aq kelakar bila makcik tuan rumah boleh cakap Melayu dgn fahad, padahal dia tu student foreigner dr Bangladesh.. Hihii... Kelakar..^^.. Kat uma ni kami pekena roti canai yang sangat sedap!!!!Siyes sedap.. X main2 punya... Time kasih makcik jamu kami.. :))... Sorry pada yang x merasa.. kami da tolong makankan.. ^^.. Then kat rumah ke2, paling aq rasa sedih tengok keadaan rumah dia.. Rumah dia betul2 sebelah sawah.. Rumah dia pon kecik je... Barang2 banyak rosak.. Air sampai paras dada tak silap aq.. Kat rumah ni memang teruk sikit laa.. Bayangkan dari rumah yang penuh, kmi kosongkan & cuci.. Kalau laaa aq ni orang senang, anak raja, ataupun anak pengasas Yayasan Al Bukhari tu, aq ngan suka hati da bagi sebijik rumah yang sempurna utk dia... Tapi, yang aq mampu bagi cuma khidmat je.. Sekurang2nya lepas sikit beban dia kan.. Sama2 berganding bahu dengan Mat, Lyn, Tiqah & Misa... Pakcik makcik, tabah yee... memang susah.. saya yang cuma nampak pon da rasa susah.. Apa lagi makcik pakcik... :((... Apa pun, memang rasa enjoy buat semua ni.. Biarlah orang lain rasa semua ni kerja yang x berbaloi, kotor, & menyusahkan, tapi, pada aq, ni semua satu khidmat masyarakat yang sepatutnya kita buat.. Ni masa kita senang, mungkin satu hari nanti kita akan kena kesusahan tu.. Siapa tahu kan?? Bukan jugak nak menunjuk2, tapi kalau boleh, biar lah ramai2 yang sokong usaha ni.. Memang hak peribadi masing2... Tapi, sekurang2nya kita ada satu khidmat sosial yang bagi kebaikan walaupun tak dibayar. Pengalaman tu lebih berharga utk kita nikmati.. :)).. pada semua yang join MASKUM & kawan2 baru kat MASKUM cam Fahmi, Mat, Yap, UIAM, UITM, n UUM sendiri, nice to know u.. Hope sangat kita akan kekal berkawan sampai bila2... :))

EXAM MADE ME MESS

Yaaa.. Segala aktiviti yang menyeronokkan dah pun berlalu... Sekarang masa utk tumpu pada exam final... Aq rasa sebab aq banyak sgt xtvt buat aq kurang fokus study & assg... Assg banyak yang disaster, kelas pon banyak skip & suruh kawan aq je sign.. Bad habit!! Jangan tiru!!! Tapi, aq akan cuba yang terbaik utk final ni.. Aq xnak xtvt buat aq lalai & abaikan tanggungjawab sebenar aq sebagai pelajar.. Yup, sebagai pelajar, pelajaran tu keutamaan aq.. Aq nak kekalkan & naikkan kecemerlangan si that aq mampu nak berbangga dengan usaha aq & beri kesenangan pada keluarga aq pada masa depan... (Touching... :((....) Do Ur best Syita.. U can do it!!! Exam Exam Exam... @@...
21 Nov - Struktur, Proses Politik, & Pentadbiran Kerajaan Malaysia
26 Nov - Ekonomi Dalam pengurusan Awam 2
1 Dis - Dasar Awam
3 Dis - Organisasi & Masyarakat
6 Dis Dasar Fiskal
8 Dis - Perlembagaan Malaysia
11 Dis - Pengurusan Sumber Manusia
Setakat ni, baru 2 paper yang aq da jawab.. Dan agak ok laa cuba aq xboleh nak skor sangat.. Hopefully at least ley laa dpt B+ paling teruk pon.. Will try to do my very best on the next papers... Gud Luck To all... :))

[Aq terasa yang ayat dan penggunaan perkataan aq agak skema.. Hahaha.. memudahkan aq nak menaip ecelly.. wateva...^^...]

Followers