Sunday, February 6, 2011

Layangan Di Bumi Mahsuri~

Pakar dalam ekonomi kata :

Melepaskan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu yang lain itu dinamakan KOS LEPAS

Sebabnya??

Sebab, ada beberapa perkara, yang mana menyebabkan kita tak dapat memenuhi setiap keperluan tu.. Dan kehendak setiap manusia itu berbeza, yang mengatasi sumber yang ada..

Ada kaitan ke??

Takde...

T_______________T...

Eyyy!!! Ada laa!!!

(^_______________^)...

Suka-suka!!!!

Hehehee.....

Motif??

Saya mahu bercerita...

COLGIS aka College of Government, Law, and International Studies (Kolej aq laa), buat Kursus Pengorganisasian Organisasi untuk semua Majlis Tertinggi & Exco semua persatuan di bawah kolej ni ->
1)Persatuan Pengurusan Awam (BPM)
2)Persatuan Pengurusan Pembangunan (BDM)
3)Persatuan Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa (BIAM / Intaff)
4)Persatuan Sains Politik
5)Persatuan Undang-Undang (LLB)

KPO ni buat kat Pulau Langkawi, Pulau Mutiara (betulkan??).. Oh My My... Impian aq nak ke Langkawi akhirnya tercapai... Jakun la sangat kan.. Haha.. Betul.. Aq memang nak sangat ke Langkawi ni since aq dalam perut mak aq lagi.. Tapi ni baru dapat pergi.. Ok.. Tipu.. @@... At first, sepatutnya KPO ni buat kat Hatyai, Thailand tapi disebabkan tiba-tiba je ada pergolakan kat sana, so, it had to be cancelled... Sedih sangat.. Dalam fikiran dengan poyonya nak buat status kat facebook ' SELAMAT TINGGAL MALAYSIA' - ini status to-be Syida ok.. Hehee..- tak jadi sebab kami kat dalam Malaysia je.. Takpelaa.. Daripada nyawa tergadai, baik kat Malaysia je.. Selamat, Aman, dan Damai.. Hee...


KPO ni dari 27-29 Januari 2011.. Seriously, agak berat hati nak pergi, sebab duit makin tipis... PTPTN tak masuk lagi, padahal dalam hati dah fikir nak shopping macam-macam.. Nak belikan Puan Emak, Encik Ayah, Saudara Adik empat orang, dan Keluarga UUM souvenir.. Tak nak laa tangan kosong balik kan? Ey!! Kau pergi sana berkursus ke nak shopping hah??!! T_____T.. Ok... KURuSUS... Tapi, sebab nak belanja SIKIT-SIKIT, mintak jugaklah kat Puan Emak masukkan duit dengan janji untuk bayar balik bila PTPTN masuk.. Dan Puan Emak pun bagi dengan besar hatinya sebab aq janji nak bayar... Hehee...


Gerak dari UUM jam 8.30 am, then sementara tunggu feri tu, kami pergi laa breakfast dulu kat kedai-kedai tepi tu.. Aha.. Kedekut punya kedai.. Air rasa pelik.. Sedap lagi yang aq buat.. :p... Roti canai pon ciputttttttttttt sangat... Tapi asalkan boleh kenyangkan perut, da cukup suka hati.. Lepas makan, berfotografi kat dalam terminal... Punyalah suka hatikan... Berlepas dari jeti Kuala Perlis dalam jam 10.30 am.. 1st time dalam hidup aq naik feri, agak JAKUN di situ.. Eh!! Bukan aq sorang!! Yang lain pon!! @@.. Dapat duduk kat seat atas, rasa macam duduk atas air.. Tak sampai 30 minit duduk, sibuk turun pulak ambik angin kt luar... Sungguh, aq rasa macam tenang je bila keliling tu air laut.. Sampaikan, aq rasa, macam tak terganggu langsung dengan suara bising yang lain.. Bila feri dah mula membelok pulau-pulau, lagi lah aq menghayati view kat situ, sampai ada orang tegur aq "menghayati' dan aq jawab "sekali sekala".. :)... Aq kan pencinta alam cuma tak berkesampatan dari segi duit untuk meneroka..^^...










Sampai-sampai je kat jeti Kuah, tunggu bas ambik, BAS SEKOLAH setelah sekian lama, bawak kami ke penginapan kat Langkapuri Inn.. Makan-makan, check in.. Waktu ni yang kami pening sebab mentawaf seluruh inn untuk cari bilik kami.. Puas pusing, rupanya receptionist bagi kami kunci yang salah.. Oh kakak.. kenapa tak cakap awal-awal?? Dapat je kunci, menarik beg hampir 200 meter untuk ke bilik kami..






Oh My!!! Cantiknya chalet!!! Tapi, kenapa takde no bilik kami?? Ok.. Kami jalan lagi nak cari.. Oh My!!! Inikah bilik kami??


Oh Tidak!!

Rupanya...

Cantik kan??Bahagianya dapat duduk bilik macam hostel kat Bukit Kachi tu.. T___T.. Hey, please, dont judge a room by its outside.. Sila masuk ke dalam...



Wah!!! Luar setinggan... Dalam Kondo!!! Hahahaaa.. 2 queen size bed, air-conditioner, TV, Astro, dapat lah kita menikmati malam ni kan? (Ayat gatal kau Syita!!) .. Tapi, serious laa, masyukkkk.... Memang sangat terbaik sungguh bila dapat macam ni setelah bertahun di Bukit Kachi menikmati bilik kecik berebut tandas kotor kipas rendah monyet kacau orang teriak panggil kawan satu paras tak reti ketuk pintu - huraikan sendiri..




Describe panjang-panjang, macamlah kau pergi sana nak holiday kan?? Iye, 2 in 1 laa.. Kurusus itu priority, holiday itu yang selebihnya.. Memang laa kurusus itu penting, sampai kau tidur masa orang bercakap pasal organisasi kan?? Hehe.. Sepanjang 3 hari kat sana, aktiviti tak lah padat sangat.. Relax, santai, enjoy sangat.. Macam Encik Razak kata, kalau persekitaran baik, dah tentu pelajar tak rasa terganggu dan rasa seronok dengan apa-apa aktiviti.. Betul tu!! Saya sokong encik!! Thumbs up!! Sepanjang kursus ni jugak, kami didedahkan secara detail tentang pengorganisasian sesuatu persatuan, cara nak buat paperwork, cara nak buat bajet, cara nak uruskan majlis, cara nak bla bla bla.. Most of it, COLGIS bagi taklimat dan ada sesi soal jawab untuk hal yang kami tak faham.. Ilmu baru yang aq dapat dan aq nak praktikkan dengan baik.. Bukan senang kita nak uruskan organisasi.. Mesti akan ada masalah, tapi, bila kita dah tahu cara yang betul, mesti ada faedahnya dan bagi kita kelebihan untuk buat dengan bagus.. Dan kita jugak akan tahu cara yang paling bagus untuk selesaikan dengan rasional dan tepat.. Kursus ni jugak mintak kami buat strategic planning untuk tahun ni - tahun kalendar 2011 - 40 buah projek sekurang-kurangnya untuk sebuah persatuan.. Maksudnya, 40 x 5 = 200 projek.. Tu KPI yang COLGIS nak capai untuk tahun ni.. PPA / BPM, plan banyak jugak lah program macam Baksis, Dinner, Ekspo, Seminar, Delegasi, dll.. Tapi yang sedihnya, program baksis mungkin kena batalkan sebab kami kena buat under COLGIS kat Sik, so, kena organise projek lain untuk cover projek yang dah cancel tu.. Take it as a challenge!!! Do something different!! InsyaAllah, boleh.. :) .. Kat kursus ni jugak, ada lah sesi yang lebih membreakingkan minda kami.. Bila je Dr Martadha (Dekan Pembangunan & Alumni) tanya tentang orang atasan dalam UUM, mostly, blank.. Tak tau sape.. Ok.. Tu kelemahan kita... Sebab sepatutnya kita tahu, jadi kita tahu sape yang kita akan rujuk bila berkaitan hal tu.. Satu-satunya yang aq dapat jawab, PNC COLGIS, Dekan kolej, dan TNC HEPA... Hehe... Sekarang, dah tahu lah jugak walaupun tak berapa nak familiar sangat.. Then, ada jugak penjelasan tentang 'exchange student'.. Barulah aq tahu, rupanya boleh jugak buat pertukaran pelajar dengan U kat Malaysia ni, such as Unimas, UMS, atau U luar negara.. Tapi, ada prosedur yang kita kena ikut, dan kalau tak silap, kena extend semester 1 sem..Aq? X sanggup laa.. Even that aq nak cuba untuk dapat pengalaman baru, tapi bila fikir kos 1 semester tu nanti, tak sanggup den.. PTPTN ni pon dah mula rasa beban nak bayar nanti.. T_________T... Secara ringkasnya, banyak perkara baru yang aq tahu bila aq terlibat dengan kursus ni, dan insyaAllah aq akan cuba jalankan tugas dengan baik dan terbaik dan sangat terbaik dan sangat terbaik sungguh dalam setiap projek yang akan dilaksanakan.. Mengharapkan kerjasama kawan-kawan semua jugak untuk jadikan semua ni realiti.. :)






Selesai part serius...


Part suka suki!!!

Yeyaayyy!!! Dah cakap kita ada 2 misi kan? 1 kursus, 1 lagi holiday!! Yah!! Holiday sebelum masanya!! Hehehe.. Bahagianya bila berkursus sambil bercuti di tempat percutian yang menyeronokkan... Pantai Chenang.. Sweet Chenang.. Lebih sweet bila di sekeliling kita semuanya Mat dan Minah Saleh yang tak cukup pakaian sampai mata dah tak boleh nak menyorok lagi.. Maaf mata.. Tambah dosa pulak.. T___T.. Tapi,memang best laa.. Pagi2, bila siap breakfast sambil tunggu yang lain siap, kita ley berfotografi kat pantai walaupun dengan baju kurung.. Terserlah keayuan gadis Melayu untuk dihayati oleh foreigner.. Hehee... Petang-petang, bila sesi outdoor game, boleh main tanam manusia (tak buat!), istana pasir (tak buat!), guling-guling masuk laut (tak buat!), terjun tiruk dari atas pokok kelapak (tak buat!).. Sengal!! Kalau tak buat, apa yang kau buat la!! Iyee,, kami bermain sorok selipar dan kejar orang, bangunan manusia dalam laut, baling belon air kat lawan walaupun belon tak nak pecah, bawak masuk biskut sebagai barang amanah dalam air, buat kumpulan dengan nama haiwan dan cari ahli dengan buat bunyi haiwan tu (nasib baik kumpulan aq buat bunyi kucing.. bayangkan kalau bunyi __________.. errkkk..) Masuk dalam laut dengan gaya haiwan tu (nasib baik kucing, boleh buat CAT walk..) Hahaha.. Sumpah lawak kau bengkok tangan buat catwalk.. :p.. Tapi, paling best bila free!! Boleh mandi-mandi, marathon dalam air, baling air, serangan luncur tangan kat kawan, berenang-renang kat air cetek, lari bila nampak JELLY FISH dan KETAM, belajar imbangkan badan (aq dah berjaya!!!), nightwalking sepanjang pantai sampai resort sebelah dengan baju kurung sambil bayangkan kau tengah berjalan dengan pakwe kau -romantik kan.. Dream and wish for this!! ^^.. - dan paling best -> BANANA BOAT.. SERONOK kau tau???!!! Kau peduli laa dengan sape kau naik, kau jeritlah kuat mana pun, sebab kau tengah berseronok!!! Kau jerit kuat-kuat tak nak terbalik dalam air tengah-tengah laut.. Kau jerit bila kau terpaksa pakai sebelah contact lens semata-mata tak nak nampak pelik mandi dengan spek dan mata kau masuk air masin yang rasanya sangat uummmppphhhh.. Kau jerit bila bot belok dan kawan kawan kau jerit padahal kau tak takut pon.. Dan kau jerit bila boat berhenti dan kau ready untuk turun, tiba-tiba bot laju dan kau tergolek dalam air... HAHAHAHAHAHAHAHAHAAAAAAA... Seronok kan?? Nasib baik ada life jacket.. Kalau tak? Jangan mimpi ada helikopter nak datang terjunkan sorang hero selamatkan kau.. @@... Tapi, kita memang have fun kan? Walaupun kita kena lalu banyak kedai selepas basah untuk balik bilik, dan ***** ber****-***** sebab nak kejar masa, tapi kita tetap jugak seronok.. Heheheee... Itu rahsia kita je Syidah, Aisyah, Syima.. :)..

Pelancong dr Sweeden...

1 2 3 lari!!!!!!!


Lari Jana!!!

Haiyyaiiittt Kapten!!

Kembong mulot tiup belon~

Posing topi tapi tak beli~

Konon comellah tu? Hahaha...


Ok.. Hafiz pelakon Dunia Baru tu..^^


Banana boat!!




29, last day KPO, sebelum berlepas dengan feri balik ke UUM, pergi menshoppingkan diri kat Pekan Kuah.. Even penginapan tu dekat je dengan The Zone yang kononnya Duty free, tapi, better menshopping kat Kuah sebab orang kata lebih murah.. Well, we have to choose the great one, or, we'll regret.. Hee~.. Bersyukurnya lah bila PTPTN masuk.. Heaven!! Sampai tak perasan beli cokelat je habis almost RM100, tak masuk lagi beli barang kat kilang gamat, beli batik pelekat, beli t shirt and souvenir lain.. Tak fikir hidup lagi 3 bulan kat UUM kan??@@..

Balik tu semua penat dan diam takde suara.. Dengan mabuk dan sempit dalam feri yang terlambung-lambung, tapi, syukur kita sampai jugak ke UUM walaupun bas tu menakutkan.. Nasib baik pasang ayat Al-Quran dalam bas, sedar jugak abang driver tu... :p..











Pengalaman baru.. Ada untungnya program ni.. kalau sebelum ni, kita banyak keliru pasal something tu, macam mana nak buat tu, macam mana nak buat ni, macam mana nak setelkan tu, macam mana nak run yang ni, tapi, banyak yang dah terjawab secara teori, tunggu masa untuk mulakn secara praktikal.. Dan ni jugak buat kita lebih kenal dan rapat.. Maybe sebelum ni, even that kita 1 persatuan, tapi just kenal nama, tapi dalam program, we have lot of communication among us, and takde lagi malu-malu buaya.. Harap-harap kekal lah.. Aq seronok dapat kenal korang.. :)..







Ya, aq ada sebut dalam status facebook aq, yang aq harap dapat lepaskan semuanya kat bumi Mahsuri ni.. Segala kekusutan, segala kepincangan, segala keraguan, segala kekeliruan, segala rasa yang tak sepatutnya.. Dan aq memang menikmati setiap momen aq, cuba lupakan, mungkin tak berjaya sepenuhnya, tapi, sekurang-kurangnya, aq dapat hiburkan hati aq.. Normal kan, bukan senang nak buang semua tu dalam masa yang singkat, tapi, dengan gembirakan diri, kita boleh hapuskan jugak, satu persatu..








Kaitan dengan kos lepas yang aq lalut awal-awal tadi? Actually, aq terikat dengan 3 program yang aq nak dan perlu terlibat.. Semua program tu berlangsung pada masa yang sama.. KPO, persembahan koir utk 3K, dan Karnival Sukan Anak Johor kat UKN.. KPO berstatus wajib... 3K sebab ni permulaan aktiviti koir untuk sem ni, dah lama tak memanaskan suara dengan bubbling, doremifasolatiso, dotilasofamiredo.. KSAJ sebab libatkan semua U yang ada Anak Johor dan buat pulak kat UKM.. Nak sangat pergi, tapi, aq kena pilih satu je.. Sebab tu aq kata, kos lepas, coz I need to pick the most one important thing, and ignore the another 2, even I really want to.. Takpe, ada hikmahnya, ni pengorbanan sut saksama kot.. Haha.. Maybe ada peluang lain.. Dont you worry about it.. There's will always be another chance, in future...




TAMMAT CHERITA~

No comments:

Followers