.:: Stay true to who you are and your moral, core values. Stick to your guns and don't allow other perceptions, assumptions, and judgments to steer you wrong. Only you and Allah know your story, life, purpose, and path towards your future. It's about where you are going, not where you have been that matters most ::.
Sunday, February 13, 2011
Hari Berkasih Sayang
Thursday, February 10, 2011
Kisah Sekolah Budak Comot [1]
Hari yang _________________... Isi sendiri tempat kosong.. Aku mana tau hari korang macam mana hari ni.. Hehee… Aku?? Rasanya aku tak jumpa hari laa hari ni.. :p
Tadi, aku cek list friends kat FB.. Dan aku tengok list kawan-kawan yang aku baru approve.. Ada lah sorang budak ni, ex-school mate aku.. Tengok FB dia, aku teringat zaman sekolah dulu – sekolah menengah masa form 1-5 .. Zaman comot-comot.. Zaman pergi sekolah kasut nak pakai ikut trend.. Beg ikut trend.. Padahal trend apa, aku pon tak tau.. Tengok orang pakai, aku pon nak pakai.. :p . Tapi, kira ok lah aku tak laa SE-TREND budak sekolah aku yang lain, tudung atas dada, baju atas lutut, kain atas buku lali macam nak pergi sawah, pastu, kasut nak yang tinggi, beg selempang kaler hijau lumut, letak macam-macam button.. Skaf plak nak ke depan cecah mata, pakai gelang kaler hitam banyak-banyak.. Haha.. Siyes kelakar tengok camtu..
Zaman sekolah, aku budak yang agak BAIK.. SKEMA.. Tak caya?? Pergi tanya kawan-kawan aku.. Hee.. Masa form 1,2,3, aku dalam kelas A.. Masa tu, berapa kali jugak laa jadi Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan.. Kelakarnya, sebab masih lagi terikut zaman sekolah rendah, kalau aku nak cover budak-budak kelas daripada bising masa cikgu takde, aku tulis besar-besar kat board, “TOLONG DIAM”.. Sengal tak? Macam lah papan tu boleh cakap dan pukul budak-budak yang bising.. :p.. Paling best, hujung tahun mesti dapat sijil.. Yang tak best, tiap-tiap hari kena ambek dan hantar buku kedatangan kat ofis, lepas tu, kalau kapur habis pon kena pergi ofis mintak.. Kan bagus kalau letak je sekapur kotak kat kelas.. Tak payah aku jalan jauh-jauh pergi ofis semata-mata nak ambek kapur.. Dah lah kena tulis kat log book.. L.. [Ecelly, tak nak kitorang menghabiskan kapur main baling-baling].. Masa ni, kawan-kawan aku banyak budak-budak sekolah rendah aku.. Still tak boleh nak adapt dengan kawan-kawan dari sekolah lain.. Makan sama-sama, rehat sama-sama, kelas je beza..
Lepas PMR, result aku tak berapa nak cantik.. So, aku stay sekolah yang sama.. Tapi, kitorang diberi pilihan untuk pilih jurusan berdasarkan result PMR.. Aku pilih jurusan Sains Tulen.. Best sangat ke ambek jurusan ni?? Best kot.. Sebab kalau kau jumpa sape-sape atau saudara kau dan dia tanya kau jurusan apa, kau cakap je SAINS TULEN, diorang akan cakap, “Wah, bagusnya.. Bukan senang nak ambek jurusan tu.. Susah nak bawak.. Belajar betul-betul”.. Hehe.. Betul ni.. Kau tanya mana-mana budak sekolah pon, diorang akan cakap macam ni.. Kononnya bangga lah sangat ambek jurusan ni, tapi, nak menghadapnya, sikit punya payah.. Hakikatnya, ambek jurusan sains tulen ni tak semestinya kau bagus gila dengan semua subjek dia.. Kimia, Biologi, Fizik, Add Math, killer kot.. Aku, tak berapa boleh nak bawak sangat.. Macam Bio, at first selalu jugak dapat A, tapi bila dah deep sangat, aku tak boleh nak cover.. Fizik pulak, aku tak tau apa yang belajar, sebab kalau masuk kelas aku akan duduk belakang berbual dengan kawan-kawan aku.. Masa eksperimen je sibuk nak buat dan akhirnya eksperimen tak jadi.. J.. Kimia, seronok!! Even paling takut nak nyalakan Bunsen, tapi eksperimen best!! Suke buat eksperimen campur-campur bahan lepas tu keluar bau pelik dan pecahkan buret atau thermometer.. T___________T.. Add math, paling aku fail.. Tak pernahnya lulus kalau ujian dan exam, tapi ajaibnya, boleh lulus masa SPM.. J.. Subjek lain, boleh jugak lah..^^..
Masa sekolah, kawan-kawan selalu bertukar.. Tapi, akhirnya, yang kekal, cuma beberapa je.. Bella, Yan, Dayah, Nyra, Awin, antara BFF aku.. Lelaki, tak ramai sebab aku pemalu sikit dengan kaum ni dulu.. Betul!!! Sebab tu aku tak pernah ada kekasih monyet masa sekolah.. Setakat dapat surat cinta letak bedak bakar tepi pakai ubat nyamuk tu ada lah.. Hehe.. Paling aku tak lupa, kawan aku, Nuzul kenakan aku buat surat bermadah pujangga siap buat huraian tiap huruf nama aku, letak bawah meja siap dengan cincin konon-konon nak menipu mengayat.. Last-last kantoi.. :p.. Pernah jugak dapat surat, lepas tu malu-malu nak jumpa bila masuk kelas yang bergabung.. Kaku je kat meja macam robot.. Jalan tegak kaki nak cover.. Robot pon kalah.. Haha.. Ok.. Tu zaman sekolah.. takde yang serius melainkan monyet punye suka semata-mata..
Masa sekolah, even aku agak pemalu, dan senyap serta pasif, garang pon garang jugak.. Aku pernah TERgaduh dengan senior yang bergeng dengan budak skinhead bagai sebab salah faham.. Dia mintak aku sampaikan maklumat yang sangat dahsyat kat sorang budak a.k.a sepupu aku, and aku TERpaksa sampaikan.. Lepas tu tak memasal, aku pulak yang kena kata aku bawak mulut.. Hello, tu kau yang suruh, apasal kata aku bawak mulut pulak?? Ramai yang dengar masa kau mintak aku bagitau dia.. Nasib baik aku yang betul.. J.. Pernah gaduh dengan Nuzul.. Haa. Ni salah aku, sebab aku buat salah.. Makin salah bila aku TERtolak meja kat dia.. Tak tegur lama jugak kan lepas tu? Then, ok balik.. Pernah tak sengaja TERtampar Afif sebab kena cabar.. Sorry, tak pasal kau kena tampar dengan aku.. Lain kali, jangan cabar aku, aku tak suka kena cabar.. J.. Pernah DItampar dengan Siti sebab aku marah dia.. Ni sama-sama salah, sebab dia report kat cikgu aku tinggalkan buku teks kat bawah meja.. Buku teks tak boleh tinggal kat sekolah, kalau tak kena denda satu buku RM5.. Kalau dah berbelas buku?? Kiralah sendiri.. Cikgu rampas buku aku, lepas tu aku pon ber&*^&%)(*)()**^$@ dengan Siti.. Aku tak dapat lawan dia sebab dia TOMBOY yang KASAR.. Akibatnya, kena sepak sebiji kat muka.. Sakit kot.. Lepas tu menangis lah merajuk tak nak pergi rehat.. Tengah solat pon nak nangis sampai orang tengok pelik.. @@.. Tapi, kita semua baik jugak kan lepas tu.. Macam takde apa-apa.. Bila ingat balik, masing-masing ketawa.. [Tadi kau kata kau baik, skema dan tak ramai kawan lelaki, tapi kenapa kau bergaduh dan tampar budak lelaki?? Errkk.. Takde jawapan..]
Kadang-kadang, kitorang kena 'buli' dengan budak-budak lelaki kelas aku.. Diorang memang *^&^$.. Hehee.. Sengal kot.. Ada je benda diorang nak bahankan kitorang.. Cikgu tersalah panggil nama dalam kelas pon diorang ejek, sampai sekarang melekat nama tu.. [Faeez, kau dengan geng kau selalu buat ni!!].. Macam-macam nama jadi. Kadang-kadang, diorang pau doposen kat kitorang.. Pernah jugak, diorang letak surat cinta konon-konon dari Sibon kat Dayah, lepas tu kantoi kerja diorang.. Err.. Sekarang Dayah & Sibon macam jadi je?? ^^.. Tapi kan, dalam diorang membuli, bila sampai part nak buat home work, diorang jugak lah yang sibuk datang nak mintak jawapan... Hahaha.. Masa tu, boleh balas dendam kau tak bagi diorang jawapan.. What goes around, comes around, cara je yang berbeza.. :p.. Ye, kitorang budak baik, sebab tu kena buli secara baik.. Kitorang jugak membuli balik secara baik.. Hee~
Kalau masa nakal datang, kita buat kerja jahat.. Kalau cikgu takde, kelas pon havoc.. Kawan-kawan yang leka, kita ikat tali kasut diorang dengan kasut sebelah dia.. Bila dia bangun, nak jalan dah pelik.. Hehhee.. Lepas tu, agak-agak ada selotep, tulis lah ayat yang merepek kat kertas, tampal kat belakang badan atau tudung diorang.. Lepas tu ajak diorang jalan-jalan, kena ketawakan dengan kawan lain.. Tak pun, ikat hujung tudung diorang.. Kan nampak pelik hujung tudung tu bersimpul.. Kan.. Hahaha... Tu masa mood jahat kita datang jelaa.. Bukan selalu.. Kadang-kadang je..
Kalau dapat home work, tak pernah nak siapkan.. Agak-agak cikgu suruh hantar esok, sah-sah kau tak datang kan?? Tapi sejak kedatangan wajib, kau tak boleh ponteng semata-mata sebab tak siap home work.. Alternatif terbaik, mintak tiru kat kawan-kawan yang terer subjek tu.. Selalunya, antara kitorang, expert dalam satu subjek.. Senang laa sebab kita tukar jawapan je.. Dayah, Nyra, Awin kira expert Math & Add Math, nanti minta jawapan diorang, aku & Yan pulak bagi diorang jawapan masa BM & English.. Bagus tak? Well, sharing is caring.. Hee~.. Tapi lepas tu, kalau salah, sama-sama salah, dan cikgu pon kepelikan satu kelas jawapan dan jalan kerja sama…J
Normal kat sekolah dulu mesti nak admire kat senior dan junior.. Errr.. Junior?? Heee.. Yela.. Disebabkan umur masih muda, pura-pura minat kat senior dan junior.. Tapi lepas tu tengok jelah orang yang kau admire tu dating dengan awek diorang kan bus stop sekolah.. Konon-konon geram dan frust menyampah tahap gaban.. Lepas tu, takde rasa pape lagi.. Hee.. Pernah admire kat cikgu jugak.. Tapi malang cikgu dah kahwin.. Kena lupakan angan-angan nak kahwin dengan cikgu tu.. L.. Mengarut kan? Tapi tu kan masa muda remaja.. Fikiran pon tak matang lagi.. Bukan aku sorang je.. Korang pon same.. Hehe.. Tukar, tukar.. Sebab tak dapat kahwin dengan cikgu tu, maka sekarang impian nak kahwin dengan cikgu jugak.. Err.. TAK NAK!! Tak Nak CIKGU lagi.. T_________T..
Kat sekolah mesti ada spot check.. Tak boleh pakai liquid..Wajib pakai lencana dan name tag.. Stokin kena atas buku lali.. Kalau ada yang nampak salah, nama kena ambek, tak pun barang kena rampas.. Dulu pakai handphone Nokia 3310 pon dah kira mewah.. Aku start pakai pon Motorola C350.. Dah cukup seronok laa ada handphone kamera.. Bawak pergi sekolah konon-konon senang nanti ada kelas tambahan nak telefon mak, padahal mak pon tak pakai handphone.. Lepas tu bila ada spot check, melilau kau cari tempat nak sembunyi.. Last-last, sembunyi kat _____________.. J.. Kehadiran pon wajib.. Kalau kau tak datang, esoknya nama kau kena panggil masa perhimpunan dan dengan bangga kau kena rotan depan kawan-kawan.. Bangga kan? Sejak tu, kau tak pernah ponteng sekolah lagi.. Bagus kan peraturan ni??
Kadang-kadang, cikgu buat spotcheck hari Jumaat.. Wajib pergi surau.. Perempuan kena cek, rambut kaler ke tak, subang tindik berapa, kuku cat ke tak, kening cukur ke tak.. Kalau rambut kaler, konfem kena.. Paling aku suka tengok dulu, kalau ada yang cukur kening.. Sebab nanti cikgu Missiah akan KALER kening dia dengan MARKER kaler HIJAU MERAH.. Cantik!! Berjalan macam model sana sini orang tengok sebab cikgu tak bagi padam sampai habis waktu sekolah.. Kesian jugak dengan diorang , tapi sape suruh buat.. Huhuu.. Kalau lelaki, seluar tak ikut ukuran, cikgu gunting.. Rambut kalau panjang, cikgu potong cincai-cincai.. Jadi model lelaki pulak bila rambut bercampur pendek panjang.. Lepas tu, kalau kasut tak macam yang sekolah tetapkan, cikgu rampas kasut kau dan kau kena pakai terompah surau..
Masa hari sukan, seronok sebab ada hari sukan.. Masa ni masing-masing nak tunjuk hebat.. Ada jugak yang tunjuk ayu.. Masa sukan tara, wajib buat saringan setiap orang.. Yang memang tak nak masuk, buat ala kadar.. Acara paling aku suka, larian.. 100M, 200M, 400M, 4x100M, 4x400M.. Masa saringan mesti aku lari sungguh-sungguh sebab aku nak masuk acara ni.. Takde lari kengkang-kengkang cover ayu.. Dan hasilnya, banyak jugak pingat aku dapat untuk semua acara ni.. J. Tapi, bila masuk acara lain macam lontar peluru, rejam lembing, aku failed.. L.. Paling seronok, bila kau sorak untuk budak yang kau suka bila acara dia start.. Padahal kalau masa kelas kau malu-malu.. Tapi masa hari sukan, kau sorak, kau jerit sampai keluar anak tekak.. Bila dia menang, kau senyum.. Bila dia kalah, kau tayang pingat kau kat dia.. Masa tu jela kau tunjuk berani.. Lepas tu kau malu balik.. :p
Sebenarnya, yang aku nak cerita, keseronokan masa sekolah.. Dulu, aku tak suka sangat pergi sekolah sebab rasa sekolah ni membosankan.. Masa-masa tertentu je rasa seronok nak sekolah.. Bila malas, pakat dengan kawan tak nak sekolah sampai cikgu pelik kenapa selalu tak datang waktu yang sama.. Bosan nak buat kerja rumah yang cikgu bagi.. Bosan dengan peraturan sekolah yang ketat.. Kadang-kadang, memang aku degil sikit, tapi depends laa.. Tapi, sekarang, aku rasa rindu nak sekolah.. Sebab aku rindu nak duduk bual-bual dengan kawan-kawan, dengan cikgu.. Aktiviti kat sekolah.. Suasana sekolah.. Kerja sengal dengan kawan bila bosan.. Aku rindu semuanya.. Sekarang, semua dah lain.. Cara hidup diorang dah lain, ada yang cemerlang, ada yang hanyut.. Ada yang membanggakan, tak kurang yang tersesat jalan.. Betul mak cakap, masa kita ada waktu tu, kita nak lepaskan dan cepat-cepat pergi dari masa tu.. Tapi, bila kita dah lepas masa tu, kita rindu nak kembali.. Sebab, semua tu hanya akan kita lalui sekali je seumur hidup.. Dan semua tu berbeza.. Waktu sekolah jugaklah, waktu untuk kita corakkan kehidupan kita.. Sama ada kita akan jadi seseorang yang MANUSIA ataupun tak.. Pengalaman tu satu kenangan.. Aku cukup rindukan sekolah.. Kalaulah dapat balik semula ke sekolah, kan bagus.. L
I Miss SMK Layang-Layang..
1A
2A
3A
4B
5B
Ni sekolah aku.. Sekarang dah cantik, tak macam masa aku sekolah dulu.
Ni kawan-kawan aku.. Zaman comot kan? Hehehe..
Dayah, Nyra Aku, Siti, Awin, Yan, Bella
Tuesday, February 8, 2011
Malam Bulan Di Pagar Bintang~
Sunday, February 6, 2011
Layangan Di Bumi Mahsuri~
Oh My!!! Cantiknya chalet!!! Tapi, kenapa takde no bilik kami?? Ok.. Kami jalan lagi nak cari.. Oh My!!! Inikah bilik kami??