Wednesday, November 16, 2011

Sekali Lagi~

Bismillahirrahmanirrahim..

It's already mid nite, and all of sudden, I got an idea to write something.. I'm not going to make any discrimination, it's just my personal thinking, from what I'd seen and from my experience (gotchaaaaaa).. First of all, I'm sorry for those who thought that I'm talking bad bout it.. ;)

:::::: Tune to Malay ::::::

Aku melihat sesuatu daripada perspektif peribadi, dan juga daripada pemerhatian kehidupan.

Seorang lelaki, gemar mengumpul satu senarai panjang gadis.
Dia kemudiannya akan mencuba untuk menawan hati setiap gadis tersebut.
Bermula hanya dengan satu sapaan, berterusan hingga menjadi satu persahabatan.
Kemudiannya, bertukar kepada satu perasaan.
Lelaki itu, akan menaburkan kata-kata manis, kata-kata yang tersangat lembut, dan baik.
Hingga menimbulkan perasaan suka, sayang, dan cinta gadis kepadanya.
Si gadis menyangka, si lelaki benar-benar memaksudkan apa yang diperkatakan.
Si gadis terkeliru dengan perasaan sendiri.
Walaupun si gadis memiliki hati yang keras, namun sedikit demi sedikit, hatinya terbuka.
Sehingga meletakkan hati sepenuhnya kepada si lelaki.
Si lelaki, pada masa yang sama, menaburkan kata-kata yang sama kepada gadis-gadis lain.
Mungkin berbeza cara, bersandarkan kepada personaliti gadis yang ditaburkan kata.
Dari situ, dia menilai setiap gadis.
Dan pada akhirnya, dia memilih hanya seorang daripada gadis-gadis itu.
Gadis yang terbaik untuk dirinya, dan menepati cita rasanya.
Hanya gadis itu.
Gadis-gadis yang lain ?
Ditinggalkan sebegitu sahaja, ataupun, dijadikan teman hanya bila diperlukan.
Apabila dipersoalkan, si lelaki menyandarkan kepada satu istilah, sahabat.
Hanya sahabat, dan sahabat perlu saling memahami,malah melebihi pemahaman pasangannya.
Menangis, memendam rasa, dan kecewa si gadis, hanya dia yang merasainya.
Si lelaki, tiada perasaan, kerana dia hanya memerlukan seorang sahaja.
Dan dia telah memilikinya.

Ini realiti, aku dah melalui beberapa kali, sama ada daripada pengalaman sendiri, atau pun daripada situasi sahabat aku.. Sekalipun cuba mengelak daripada terkena, dan terkena lagi, tapi kadang kala sendiri alpa, dan membiarkan perasaan tu membuai dalam diri. Akhirnya, sesuatu yang cuba dihindari, mendekati lagi, dan menyakitkan hati sendiri.

Kadang-kadang aku terfikir, kenapa lelaki selalu sangat macam ni? Seronok ke simpan senarai panjang gadis untuk di'tekel', then usha-usha, dah dapat kau tinggal ? Tak rasa bersalah ke? Ke memang hobi?

Memang tak semua macam ni, tapi, kebanyakannya memang macam ni. Gadis, punya hati yang sensitif. Apabila wujud seseorang yang dirasakan sempurna dan baik dalam hidupnya, dia akan mengharapkan yang lebih daripada hubungan persahabatan. Lelaki dan perempuan, mustahil untuk kekal sebagai sahabat selamanya. Pasti akan wujud walau hanya sedikit, perasaan dalam diri mereka.

Si gadis, jangan mudah terperdaya dengan kata-kata manis itu. Perlu sedar, mungkin kata-kata yang sama ditaburkan kepada gadis lain, bukan hanya kau seorang. Keraskan hati, jangan terlalu membuka hati. Sekalipun kau dah lama kenal dia, tapi, belum tentu kau kenal dia dengan sebetulnya.

Mulakan persahabatan, dengan niat yang betul. Mengenali dengan sedalam-dalamnya, dan memahami dengan cara yang terbaik. Tak selamanya kau perlu berhati-hati dan mengelak diri. Satu hari, kau perlu membuka hati, dan mungkin pada masa itu, dia orang yang tepat yang kau cari, jodoh yang Allah telah janjikan.

Ada kekurangan tersendiri pada setiap gender, dan jangan jadikan semua itu sebagai satu kebiasaan. Kalaupun yang lain melakukannya, kau perlu cuba mengelak. Jadi yang berbeza, baru dikatakan kau sebagai 'bukan istimewa tetapi terhad = not special but limited edition'..

Tak kira kau lelaki atau perempuan, cuba elakkan mempermainkan hati seseorang. Tak salah jika kau mahu bersahabat, tetapi, jangan memberikan harapan kepada seseorang jika kau tak bermaksud untuk memiliki perhubungan yang lebih, selain dari itu.

Sebab aku menulis entry ni ? Sebab aku sedang cuba mengelak diri. Baik sakit sekarang, daripada sakit kemudian hari. Kawan, aku memang mula menyukai kau, tapi, aku terlihat, aku patut berhenti daripada perasaan ini. Mungkin bukan kau. Mungkin orang lain.

Sebelum aku lebih terasa emosional dan bakal menjadi William Shakespeare, lebih baik aku stop menulis.

Sekali lagi, maaf. ;)

2.10 am
16/11/2011

Followers