Tuesday, February 21, 2012

Sirna Niskala [part 2]

Sejurus kelas tamat, segera dikejarnya Qaleefa yang awal-awal lagi sudah melarikan diri ke luar kelas. Hampir sahaja dia berjaya mencapai lengan Qaleefa untuk dicubit, namun tiba-tiba sahaja dia terlanggar seseorang. Segera dilihat siapakah yang dilanggarnya, dan hampir dia menutup muka kerana malu sebaik menyedari orang yang dilanggar itu ialah Aizat Fariq.

“Aduh, kenapa la mesti bertembung dengan dia ni. Bagi laa aku bertembung dalam keadaan best sikit. Tengah duduk sopan ke, tengah senyum manis ke, control ayu ke, tengah...,” termati detik hatinya sebaik sahaja tangannya ditarik oleh Qaleefa. Potong stim betul la budak Qaleefa ni!

“Kau, kalau dah berangan, alamatnya sampai esok pon tak habis. Lagi-lagi depan Fariq. Dah kena langgar pun sempat nak berimaginasi. Dah, jom pergi makan. Rissa dengan Lyka dah tunggu kat Cengkeh. Baik pergi makan. Kau menghadap Fariq, bolehlah kenyang. Aku ni, makin lapar tengok muka dia.” membebel Qaleefa sambil terus menarik lengan Marisya Aqeela. Marisya Aqeela hanya diam dan kembali mengatur langkah, tanda menuruti.

Sesampai sahaja di kafe Cengkeh, terlihat Karissa dan Zalyka sudah menunggu mereka. Dua gelas fresh orange yang tinggal setengah terhidang di hadapan mereka.

“Lambatnya korang. Berasap perut aku ni tunggu. Lapar weh. Pergi la order makan cepat. Kang aku pengsan, tak memasal kena panggil husband tolong angkat”, kata Karissa dengan riak muka seperti kucing kelaparan.

Marisya Aqeela hanya tergelak melihatnya. Bertanyakan makanan yang ingin dipesan oleh Qaleefa dan bangun dari kerusi yang didudukinya lalu menuju ke gerai Sizzling di luar kafe. Selesai membuat pesanan, dia duduk semula di meja mereka tadi. Sambil berbual-bual, matanya meliar ke sekitar kafe. Agak bingit telinganya dengan suasana riuh rendah di situ. Tiba-tiba matanya terlihat seseorang. Segera dia mengusik lengan Qaleefa tanda menyuruhnya untuk turut melihat apa yang sedang dilihatnya.

“Kau ni karang, ada yang kena humban dengan aku kat Tasik Guthrie. Dari kat kelas tadi kau dok usha dia. Tak penat ke? Dah lah weh, dia tak pandang pun orang macam kita. Eh, tak, dia pandang kau. Tapi dia tak minat kau la. Tu, si Anna Zalea tu yang dia suka. Kalau kau rasa ada can, pergi lah usha lagi.” rungut Qaleefa.

Tergelak mereka semua mendengar kata-kata Qaleefa. Memang betul apa yang dikatakan. Marisya Aqeela terlalu meminati Aizat Fariq sehinggakan seperti sudah tidak ternampak langsung akan orang lain di sekelilingnya. Padahal, Aizat Fariq sudah ada teman wanita yang juga sama jurusan dengan mereka. Bukan setakat cantik, malah bijak, malangnya, sedikit sombong. Berbeza dengar Aizat Fariq yang agak peramah. Walaupun dia kurang kacak sedikit berbanding Aaron Aziz, tetapi manis wajahnya memang menarik hati ramai pelajar perempuan. Lebih pula dengan tubuhnya yang tinggi dan agak tegap, menjadikan dia sebutan ramai dan diibaratkan lelaki idaman wanita, tak terkecuali Marisya Aqeela.

“Kau ni Leef, dari tadi kacau lah. Try lah layan sikit imaginasi aku ni, syok ape. Dah lah kat kelas tadi tak memasal angkat tangan aku. Hutang cubit kau tu aku simpan, next time aku bayar kat kau. Nasib baik soalan tu untuk Fariq, tak lah rugi jawapan aku tadi. Ala, setakat minat tak salah kan. Tak dapat Aaron Aziz, kalau dapat Fariq, ok jugak kan. Tercapai hasrat aku nak berboyfriedkan jejaka hot,” selamba sahaja Marisya Aqeela menuturkan kata-kata itu. Bukannya dia obses sangat dengan Aizat Fariq, sekadar meminatinya, seperti pelajar lain.

“Aku bukan apa, kau ni macam mengharap sangat kat dia. Pantang nampak si Fariq tu, mulalah jadi macam cacing. Tak senang duduk. Baik kau bukak mata kau. Tengok orang lain yang dok nak kat kau tu. Dah beruntung orang nak, kau buat tak tau. Dengan orang yang dah berpunya jugak yang kau nak tengok. Tak pun kau contohi aku dengan Leef, maintain single. Aman dunia tak payah nak fikir semua tu. Tapi, kalau kau nak jugak si Fariq tu, belajar dengan Lyka. Dia pakar cinta. Mana tau boleh ajar macam mana nak mengayat Fariq. Hehehe,” Karissa memulakan motivasinya. Aha, sesuai sangat dengan jiwanya, memang layak dengan gelaran kaunselor yang diberikan kawan-kawan mereka kepadanya.

“Isy, ke situ pulak kau. Don’t worry la. Ni Marisya Aqeela. Takkan tergoda dengan lelaki. Aku kan memang suka minat-minat ni. Husband kau pun aku minat jugak. Nak aku belajar dengan Lyka cara nak berkongsi kasih sayang? Boleh kita praktik sama,” sambil tergelak, Marisya Aqeela menuturkan kata-kata itu.

Karissa hanya menarik muka masam. Jelas sangat dengan gelaran husband yang diperkatakan, Yang Di-Pertua MPP yang mereka minati! Sekali lagi ketawa pecah daripada mulut mereka semua, menggamatkan lagi ruang makan yang sedia riuh.

“Eh, korang tau tak yang Kelab Kembara buat program hiking kat Gunung Berembun, Terengganu? Bayaran dalam RM70 kalau aku tak silap. Boleh tahan murah kan sebab kalau biasanya, tak dapat harga tu. Buat pun masa cuti mid sem ni. Korang nak join tak? Lagipun kan kita semua tak balik cuti mid sem ni. Daripada buang masa tak tentu pasal, better kita pergi. Ada jugak pengalaman baru,” Zalyka memberitahu mengenai program yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

“Haa, aku ada baca jugak pasal iklan program tu. Bagus jugak kan. Daripada tak buat apa-apa. Cuti ni, buku dengan assignment pun mesti cuti jugak kan. Teringin la nak pergi hiking. Kalau nak pergi, kena ada orang yang expert pasal semua ni. Ni dah alang-alang ada program, baik kita join. Nak uji jugak ketahanan tulang besi aku ni,“ kata Qaleefa sambil menepuk-nepuk lengannya. Konon sasa lah tu.

Qaleefa membuat isyarat mata kepada Marisya Aqeela dan Karissa. Mereka berdua hanya membalas dengan anggukan, tanda bersetuju dengan cadangan tersebut. Ala, bila lagi nak cuba kan. Asyik buat aktiviti indoor je, sesekali nak jugak try buat outdoor yang ekstrem.

“Good! Kalau korang nak, nanti aku daftar nama kita semua kat orang yang handle tu, ok. Yeay ! Dah ada program untuk cuti mid sem! Berguna lah cuti ni. Eh, makanan dah siap kot. Yok la pergi ambil. Rissa dah kebulur gila tu,” terukir senyuman di bibir Zalyka, lantas bangun mengambil pesanan makanannya.

“Konon aku yang kebulur, tapi dia yang bangun dulu ambil makanan. Tak menyempat nak tunggu.” Karissa mengolok kembali Zalyka. Marisya Aqeela dan Qaleefa hanya ketawa, dan sama-sama bangun untuk mengambil makanan yang siap dipesan mereka.

Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1DTWuMlO6

0 comments:

Followers